Archive for the ‘amalan’ Category

tentang aktiviti Hafazan/Ibadah/akhlak di rumah

nampaknya seperti umi hanya menyiarkan laporan aktiviti kemahiran dan akademik anak2 saje di rumah. bagaimana dengan pengisian agama anak2?

 

sebenarnya, setakat ni umi jarang mengajar agama samada hafazan, ibadah, sejarah etc seperti mengajar di dalam kelas atau menggunakan buku2 teks agama sekolah.

 

pelajaran/pendidikan agama diajarkan secara tak langsung dalam setiap tindakan, masa dan situasi yang sesuai. kekadang semasa makan, sebelum tidur, semasa berehat di depan TV, di dalam kereta etc.

 

untuk itu, umi kena banyak membaca topik2 keagamaan samada dari internet, TV, buku, majalah mahupun tazkirah dari ayah supaya:

1) mempunyai MOOD/ NIAT yang betul semasa menyampaikan tazkirah, info, pelajaran kepada anak2

2) sentiasa bersedia dengan pengisian yang up to date atau kemas atau lebih terperinci semasa sesi dgn anak2

 

walaupun kelihatan tak bersistematik, actually umi ada sikit guideline utk pengisian agama anak2 antaranya:

1) anak2 kena hafaz juz amma (30) dgn umi, biasanya akan baca/diulang2 hafazan selepas maghrib dan sebelum tidur

2) sentiasa ingatkan anak2 Allah lebih hebat, kuat dan lebih sayangkan kita daripada apapun.

3) adab makan dan tidur

4) hafaz tertib dan bacaan solat, wirid  serta wudhu dengan solat bersama umi

5) sentiasa bersangka baik dan buat baik dgn orang (ikut kemampuan)

6) sentiasa selitkan di dalam aktiviti sains, kraf etc (umi taknak anak melihat subjek lain takda kaitan dgn agama)

7) anak2 kena tahu sejarah islam

8) anak2 kene setel rukun iman/islam

9) sentiasa berusaha utk tunjuk akhlak baik pada anak2, beribadah depan/dengan anak2 (camana nak suruh anak solat/mengaji apabila maknya pun tak solat/mengaji? atau camana nak didik anak tutup aurat bila maknya juge tak menutup aurat dengan sempurna?) 

 

disebabkan pengisian agama utk anak2 adalah sesuatu yang sedikit2 tetapi berulang jadi umi tak cerita banyak/detail dalam weblog ni.

 

agama adalah cara hidup bukan sekadar hafazan di kelas saja. untuk itu, sejak anak2 bayi umi cube ajar beberapa perkara yg sesuai, cthnya doa tidur beserta maksud diajar kepada setiap anak sejak mereka boleh menyebut sepatah dua kata (umur setahun lebih)  alhamdulillah ammar (2thn 9bulan) dah boleh baca doa tidur beserta makna. sekarang ni tengah biasakan dengan alfatihah.

 

fathimah dan muhammad pula masih lagi dengan hafazan juz amma. umi rekodkan perkembangan hafazan mereka (dan umi) dalam jadual di bawah.

 jadual hafazan kami

 

 aktiviti mengaji/hafazan selepas solat maghrib

ni ada sikit rekod tentang link2, video2 cadangan, aktiviti, kaedah utk mendidik/mengasuh anak2 dengan agama/akhlak yg sempat umi nukilkan sbelum ni:

 

1) -cerita-terkini-ohh/

2) progress-hafazan-juz-amma-anak-anak/

3) media-bantuan-mengajar-dekatkan-idola-islam-kpd-anak-anak/

4) mengaji-al-quran-mengajar-belajar-dan-diajar/

5) filem yg sesuai spt filem-animasi-islam-perang-ain-jalut-free-download/

6) sihir-di-kalangan-anak2-sedarkah-kita/

7) color-of-paradise-filem-menarik-utk-anak2-ibu-di-rumah/

8) The Message, The Valley Of The Wolves : Palestine, dan Delisa, Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Emak hendak naik haji, Kun Fa Ya kun, etc

9) tertib-doa-ajarkan-pada-anak2/

10) jadi-lebih-kuat-dgn-mathurat/

11) buku formula solat sempurna, dah-beli-dah/

12) fungsi-rumah-sbg-medan-dakwah/

13) anak2ku-sayang/

14) homskul-activity-understanding-hijab/

15)penting-tak-pentingkan-diri/

 

notes: Penting ni, kekadang ada juga terselit babak tak senonoh dalam video (beberapa saat je le) so ibubapa kna ajar anak2 jgn tengok, atau lebih baik edit part tu.

 

umi sedar umi bukanlah seorang ustazah tapi umi percaya setiap ibu adalah guru yg terbaik utk anak2 mereka. insha Allah jika tak tahu kita boleh belajar, bertanya dan perbaiki kesilapan yang lalu. banyak2 kita doa dan pohon pada Allah swt agar melimpahkan hidayah dan ilmu buat kita yg kerdil ni.

 

pandangan umi (terhadap diri sendiri le), sebenarnya jangan kita terkejut kenapa anak2 kita jadi macam tu, macam ni (yang tak elok) sebab sebenarnya memang datang dari contoh ibubapa samada langsung atau tidak. kekadang kita tak suka dalam hati tapi kita biarkan.. kekadang kita tak terdaya utk mengubah perangai buruk kita, smpai terikut2 oleh anak2, dalam hal ni jangan putus asa, teruskanlah perbaiki diri sikit2, dan bergantung pada Allah swt (bukan atas keteroran diri sndiri utk berubah tapi atas IZIN DAN KUASA-NYA) serta doa agar Allah swt sntiasa pelihara keselamatan anak2 kita rohani, jasmani dan mental sehingga ke syurga kelak..amin.

 

sebelum menutup kata, faham2kan kite sabda Nabi saw di bawah, insha Allah kita akan lebih tahu apa yg harus kita berikan pada anak2 kita..wallahu’alam.

Setiap anak dilahirkan dalam fitrah.  Maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi”

(Hadis direkod oleh Bukhari dan Muslim.)

Seseorang itu menurut agama rakannya. Maka perhatikan dengan siapa dia akan berkawan.

(Hadis direkod oleh Abu Dawud, al-Tirmizhi dan Imam Ahmad)

 

 

 

 

 

 

“bersihkan ikan bilis dapat pahala tak?”

ammar sedang ‘tolong’ kakaknya bersihkan ikan bilis..

 

pagi tu, anak2 sedang tengok siaran 10am kartun mereka. umi di meja ruang tamu, sedang bersihkan ikan bilis utk masak tengahari. timah datang untuk tolong.

 

memasing diam  je khusyuk membersihkan ikan bilis. umi cuba memecahkan suasana.

 

“kopek ikan bilis dapat pahala tak timah?”

 

“ha?’ terkejut timah umi tetiba bercakap.

 

“ehm..dapat kot” tekanya. “nape”, tanya umi lagi.

 

“sebab ikan bilis bersih lepas kita kopek”, jawabnya.

 

“aah timah, kopek ikan bilis pun dapat pahala. ada dua jenis ibadah yg akan dapat pahala. satu ibadah khusus macam semayang, posa.lagi satu ibadah umum” kata umi.

 

“ibadah umum tu ape?” bertambah lak minat timah dgn penerangan umi.

 

“ibadah umum cam ni le, kopek ikan bilis, memasak, kemas bilik tidur, tolong jaga adik. tapi dengan syarat. kita buat apepon sebab Allah bukan sebab nak tunjuk kat orang kita ni baik, atau bagus”, ulas umi kat timah yg kekadang matanye menjeling TV kat belakangnya.

 

“kalau timah semayang tapi sebab nak umi nampak timah ni bagus, nanti Allah tak terima semayang timah sebab timah buat untuk orang bukan untuk Allah. faham tak?” 

 

“ehm” jawab timah pendek.

 

lepas tu umi tinggalkan timah dgn ammar yg lepas tu datang nak tolong juge. 10minit lepas tu…

 

“huwaaa…nape ammar campurkan balik kepala dgn taik ikan bilis dalam mangkuk ni!” terperanjat umi tengok ikan bilis sepah atas meja dan bawah kerusi dia.

 

“haa, tak nak kawan la!!” katanya sambil muncung lari turun masuk bilik bila ditegur..

 

aitt..dia lak yg marah? sabo je le umi, kemas  jele ye umi sebab Allah swt hehe..  :)

 

moral of the story : mengajar anak boleh je di mana2.. insha Allah..

sambutan maulidur rasul di brunei

pendek saja ceritanya.

kat brunei ni memang sangat meriah sambutan rakyat serta penduduk beragama islamnya menyambut maulidur rasul. semua masjid hidup. ada pelbagai aktiviti diadakan spt majlis perhimpunan wanita, seminar, simposium dan pertandingan selawat diadakan. ada majlis zikir maulud dgn saudara2 baru, dan majlis zikir sharafil anam selama 12 malam berturut2. ha, yg penting juga ialah perarakan maulud nabi saw yg disertai oleh sultan brunei dan anak2 beliau di bandar seri bagawan. hari tu, pagi yg umi rasa agak terik, tapi perarakan diteruskan sehingga selesai.

 

selain tu pada hari yg diingati ini, bunyi mercun kedengaran sana sini. kebanyakan pehin2, orang2 kaya di brunei anjurkan majlis/kenduri selawat, solat berjamaah sempena maulud Nabi saw di rumah masing2.

 

di depan apartmen kami, setiap tahun tuan umah anjurkan majlis tu so setiap tahun hari yg sama sure ada ‘pertunjukan bunga api dan mercun’ yg boleh kami saksikan dari tingkap ruang tamu :)

 

gelagat anak2 setiap tahun hari yg sama..

beberapa hari before 12 rabiul awal, umi dah bacakan semula buku siri 1 dan 2 riwayat hidup Nabi saw. umi terangkan sikit nape kita buat maulud nabi. dan ingatkan anak2 agar berselawat ke atas Nabi saw apabila terdengar orang lain berselawat. ni ada risalah selawat utk didendangkan dgn anak2 di rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok