Archive for the ‘Hafal AlQuran’ Category

progress hafazan Juz ‘Amma anak-anak

ni adalah progress anak2 menghafaz juz ‘amma dengan umi..

seblum 1/11/2010 anak2 (fathimah & Muhammad) dah hafal surah alfatihah, surah AnNas dan Al Ikhlas. Surah Al Lahab mereka masih ingat2 lupa.

cara hafaz:

  • sblm ni umi mulakan dgn surah2 pendek iaitu surah alfatihah, dan 3 Qul. dibaca berulang2 dengan anak2 sebelum tidur. aktiviti ni umi mula sejak muhmmad umur 1 tahun 10bulan. akhirnya setahun lpas tu mereka dah boleh hafal surah2 tu kecuali surah Al Lahab yg tak lepas ayat 4.
  • surah2 yg dikuasai anak2  seterusnya ialah surah alLahab (tabbat yada..), AlKausar (inna a’ toina kalkausar..), surah alAsr (wal asr..), surah Quraisy (li ila fi quraisy), surah AlFiil (alam tarokai..), dan surah anNasyr (izaaja..)- surah last ni Muhammad masih dalam hafalan.

    antara surah yg telah dihafal fathimah

    antara surah yg telah dihafal Muhammad

  • surah2 pada poin kedua tu anak2 hafal dalam masa 3.5 minggu.
  • hafazan dibuat selepas solat maghrib. umi akan baca dulu sekali. next round anak2 akan ikut, purata 4 kali je.
  • ulangan akan dibuat bila2 masa kekadang semasa dorang main, berehat2, lepas belajar, masa iklan tgk TV etc.
  • fathimah boleh duduk diam smsa mghafaz (2minit) lepas tu dia buat muka ceria@gatal punggung dia (tak bole dok diam..)
  • muhmmad lak susah nak duduk diam depan kita. tapi masa kakak dia hafal dia sedang mendengar juga. buktinya kekadang dia akan baca surah tu sendiri tunggang terbalik walau sekali dua dengar.
  • so tindakan umi biasanya cari masa dia cam lembut skit hati tu minta dia dengar umi baca surah berkenaan sekejap je, then dia ikut ulang. tu je dlm 5minit.

antara aksi Muhammad ketika sesi hafazan


Muhammad juga sedang belajar azan, manakala fathimah iqomat

galakan:

  • umi ada beli sticker kumbang ni. ada 3 saiz kecil, sederhana dan besar. stiap kali anak2 berjaya hafal surah umi akan bg mereka pilih kumbang utk ditampal di jadual hafalan. jadual ni ditmpal kat bilik belajar/main mereka.
  • pandangan peribadi umi, anak 2-4tahun maybe sesuai dgn galakan ni, tapi macam fathimah 5thn lebih dah, dia suka je ‘meraikan’ habuan sticker tu tapi dia tak ‘terumpan’ sgt maknanya if tak dapat pun dia boleh teruskan aktiviti hafazan. rahsianya, ialah dgn memberikan motivasi positif kpdnya sejak awal lagi. cthnya, umi selalu bandingkan jumlah hafazan umi dgn dia dan umi selalu cakap tentang kelebihan/maksud surah2 pdnya. jadi ini membuatkan dia seronok terlibat dgn aktiviti menghafaz ni. anak2 besar ni lebih matang (esp. perempuan)
  • kat jadual tu pon ada ruang hafalan utk umi, so anak2 tau mereka sedang ‘berlumba’ dgn umi :)

jadual hafazan juz Amma kami :)


umi ada tuliskan sblm ni umi bercita2 utk menghafaz 30juz ALQuranulkarim. insya Allah sblm umur 40tahun. tapi ada sikit2 rasa tak confident boleh ke org tua cam umi tamatkan hafazan? walau bgmanapon umi abaikan rasa was-was yg dihembus setan itu.. dan sehgga hari ni umi msh terus hafaz juz ‘amma. alhamdulillah umi jumpa kisah seorang muslimah yg berumur 82 tahun ni yg baru saja menamatkan hafazan 30 juzuk. beliau bermula pada usia 70tahun! silalah baca link ini..

semasa menghafaz, lebih baik kita gunakan tafsir sekali, umi rasa takjub sangat dgn kalimah Allah yg Maha Sempurna ini, sepnjang umur umi 31 thn baru2 ni aje umi mahu membaca tafsir utk juz ‘Amma. Masya Allah banyaknya peringatan, tanda kasih sayang Allah dan kesempurnaan ciptaan olehNYA termasuklah tentang dahsyatnya kejadian hari kiamat @ hari penghabisan yg diulang2 di dalam juz ‘Amma.

umi mungkin bukan seorang muslim yg baik seperti kalian, tapi percayalah dgn membaca Al Quran dgn penuh penghayatan akan lembut hati kita yg keras dari berlian..wallahu’alam.

kepada sesiapa yg terdetik utk hafaz Al Quran, jangan rasa ragu2, teruskan niat anda. perbanyakan ilmu moga lebih yakin dan tenang dengan hidayah & pimpinanNYA. baca ni tentang kelebihan penghafaz Al Quran & cara memudahkan hafazan:

  • 10 adik beradik hafal Al Quran- “Karena bila hapalan telah baik. Maka, yang lainnya akan ikut sendiri,” ujar Ustad Tamim yang sangat rendah hati dan tak pernah ingin berbangga diri itu.

penting tak pentingkan diri?

pentingkan diri – tentu first impression yg terlintas tentunya statement yg negatif kan?

masa umi kecik dulu, umi selalu dgr cikgu cakap, mak cakap, penceramah cakap, smpai skrg boipren pon cakap (suami le :wink: ), kene pentingkan diri.. memang tak faham.. then kite similarkan statement pentingkan diri tu kpd–>sayangkan diri.. ha camni tentu nmpk positif? :smile:

aku hya sbg surirumah sepenuh masa, camana nak sayangkan diri?? aku ni mmg takda masa nak sayangkan diri. 24-7 mengadap kerjarumah dan anak2. mane ada waktu rehat. ehmm.. menurut satu slot dalam “what’s good for you” pon ada dedahkan kajian antara seorang broker saham, sami buddha dan surirumah, surirumah le yg mempamerkan tahap tekanan yg plg tinggi..

alhamdulillah krna belas kasihan dan rahmat Allah swt, umi mula sedar nasib umi di alam kubur dan akhirat kelak bergantung kpd sejauh mana umi sayangkan/’pentingkan’ diri ketika di dunia ni.

terima kasih sekalung budi juga buat ayah yg tak serik2/jemu mdoakan dan beri sokongan material/moral buat umi yg tak matang ni :heart:

apabila kita memprogramkan diri kita dgn yakin (doa, usaha dan tawakkal), insya Allah kita boleh mencapai impian kita. ok, skrg ni umi kata kepada diri sndiri berulang2 kali, dan dijadikan doa, umi kena pentingkan diri. umi kena buat sesuatu utk berubah. utk jadi yg lebih baik, lebih baik dari semalam.

umi sekarang melihat menjadi surirumah 24-7 adalah satu rahmat, sebab umi ada masa 24-7 membentuk diri dan family mengikut acuan sendiri.

‘Pentingkan diri’ #1 : menjadi hafizah..

sbg contoh, umi pernah berangan utk menjadi hafizah(hafal 30 juzuk) semasa study engineering di kampus dulu, (tapi tak cukup kuat utk teruskan). kenapa tak umi realisasikan impian tu sekarang? bukankah umi ada masa 24-7? :wub:

so, sekarang ni umi sdg mulakan dgn hafazan juz ‘amma. dlm masa sminggu alhamdulillah hafal 7 surah (alhumazah, alzalzalah, attiin, alqadr, attakasur, alqolqolah, al’adiyat). umi berazam utk hafal separuh Al Quran menjelang usia 35, dan 30 juzu’ ketika usia menjangkau 40 tahun..

utk pengisian CHROME anak2 juga ada pengisian hafazan, moga2 mencecah umur 12 tahun mereka mampu hafaz dan beramal dgn Al Quran.amin. utk menguatkan hafalan umi amalkan hafal didepan anak2 smbil umi bacakan maksud surah/word by word (using Al Quran pra-kata yg dibeli dulu). memang Al Quran ni sgt sempurna dan indah ciptaannya, apabila difahami maksudnya.

utk mengetahui cara hafal Al Quran utk kanak2 boleh rujuk blog yg famous ni–>darwishndarswisya :)

‘pentingkan diri’ #2 : belajar bahasa Syurga

next, sbg usaha ‘pentingkan diri’, umi juga belajar bahasa arab sendiri. Sape nak cube boleh belajar perbualan bahasa arab online kat rocketlanguages. murah je $67. (boleh downlod modul). belajar bhsa arab juga ada diutamakan dlm CHROME.

‘pentingkan diri #3 : perbaiki solat kita..

seterusnya, umi juga cuba perbaiki solat umidengan membaca buku formula solat sempurna tulisan Ust Zaharuddin.

umi baru membeli sebuah buku karangan mufti besar brunei yg bertajuk orang sembahyang ditangisi oleh tempat sujudnya. sinopsis buku boleh baca kat sini. dah lame umi nak dapatkan buku ni di jabatan mufti tapi belom ada rezeki masa tu. oleh sebab umi selalu termimpi2 (so jadi doa :smile: ), akhirnya buku tu dijuai di kedai buku Bismi (utk kengkawan brunei yg nak cari), harganya B$8.50 sahaja.

sangat berbaloi memiliki buku ini. utk yg tak kenal sape mufti brunei ni, beliau ni adalah penasihat agama utk sultan brunei. bg umi pula, umi sgt2 suka dgr ceramah beliau yg sempoi, tetapi byk ilmu & pglaman.

dlm buku mufti brunei ttg solat tu juga ada dilampirkan ttg seksa meninggalkan solat. bukti siksaan abad ke-21..

so jawapan utk soalan posting ni, ‘penting tak pentingkan diri?’ – ya penting untuk kita pentingkan KEBAJIKAN diri. apabila dalam kubur nanti kita tinggal sorang diri aje. so fikir2kanlah adakah kat dunia skrg (masa tik tok tik tok..), kita betui2 pentingkan kebajikan kita.

bgmana solat kita, aurat kita, kelakuan kita, tanggungjawab dan hak kita pada diri dan org lain, adakah kita benar2 cek??? WALLAHU’ALAM..


“Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.”

homskul activity : mengaji/ hafal Al Quran dan kaitannya dgn style of learning anak2

sblm ini kami menggunakan buku Iqra’ utk belajar membaca Al Quran moga2 suatu hari nanti fathimah boleh membaca Al Quran sendiri. namun slps bbrapa bulan, nampaknya perkembangannya agak perlahan.

so umi amik masa utk muhasabah semula jika kaedah yg umi gunakan tidak sesuai utknya. alhamdulillah, selepas hampir 4bulan umi memerhatikan tingkahlakunya dgn lebih serius, nampaknya umi mungkin telah menggunakn kaedah mengajar yg tidak kena dgn style of learning anak2.

fathimah seorang yg:
1-85% auditori - dia boleh belajar dgn mendengar
2-70% visual - perlu melihat utk tambah minat belajar
3-80% kinestetik – suka menggunakan anggota badan semasa aktiviti

jadi umi cuba cari pendekatan lain berdasarkan style of learning terkini ini. utk makluman, cara belajar anak2 boleh berubah dari masa ke semasa mungkin ambil masa bbrapa minggu, bulan atau tahun. jadi umi kenale selalu perati kan mereka, itule pentingnye selalu dekat dan mesra dgn anak2 baru senang utk meneroka diri mereka..wallahu’alam.

berbalik ttg kaedah mengaji tu, maka umi pon gunakan semula cara belajar kita org lame, iaitu baca muqaddam. tapi bukan shja baca dari depan sahaja tapi selpas baca dari depan umi ajar fathimah menghafal surah2 lazim dan pendek di bahagian tengah kitab.

fathimah dominon auditori dan kinestetik so, umi cuba dapatkan gambarajah makhraj huruf ni utknya lihat stp kali membunyikan huruf. buat masa ni umi tekankan kedudukan makhraj huruf sikit demi sikit, skrg ni baru cerita ttg huruf di bibir spt ba, dan fa. gmbar ni boleh cari kat google, search keyword ‘makhraj huruf’.

maka stp kali kami jumpa huruf ba atau fa kami akan menunjuk pada bibir (utk disesuaikan dgn kecenderungan kinestetiknya) dan minta juga dia dengarkan baik2 camana huruf itu dibunyikan dari umi (utk disesuaikan dgn kecenderungan auditorinya).

mewarna – cara utk mendekatkan anak2 dgn makhraj huruf disamping belajar
mengenai anggota badan.
( disesuaikan dgn kecenderungan visual dan kinestetik)

“di mana huruf ba?” tanya umi. “kat sini” jawab anak2 gembira.

hasilnya,
1-tambah minat fathimah (juga muhammad), utk belajar mengaji, to them mengaji is fun because so much act can do with their face :)
2-proses menghafal menjadi lebih mudah dan menarik. boleh menghafal bila2 je tanpa mengadap kitab, hanya perlu mengadap muka umi utk dengarkan bacaannya dan tunjukkan kefahamannya pd stp kalimah dan huruf.
3-takda sesape perlu marah2 atau kene marah lagi .. he he… :)

kad makhraj huruf yg telah diwarnakan tu diletakkan dlm muqaddam.
dgn menggunakan Surah AlKausar,
fathimah mencari huruf ba ketika sdg belajar makhraj huruf ba.

skrg ni fathimah sedang:
1-dah hafal & sdg perbaiki tajwid surah alfatihah & surah al-ikhlas – perbetulkan bunyi huruf dan panjang pendek kalimah
2-lancarkan hafalan surah alfalak dan surah annas
3-hafal surah alkausar

tentang muhmmad pula:
disebabkan muhammad pon 85% auditori-so umi sgt galakkan dia berada di sisi stp kali fathimah mengaji/hafal, sebab dia akan hafal dgn mendengar walaupon masa tu dia sibuk bertukang.. insya Allah.

if cara ni makin tak berkesan insya ALLAH umi akan cuba cara lain lak, yg penting proses belajar itu tiada berketepian.. :)

wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok