Archive for the ‘kemahiran hidup/sosial’ Category

Isu lapuk : Anak2 homeschool tak pandai bersosial?

pagi tadi baru balik dari klinik kesihatan ibu mengandung di kiarung. anak2 ikut umi awal pagi tu sementara ayah selesaikan keje2 opis yg penting. lepas tu ayah datang jap dan bawak umi ke spital besar RIPAS lak tuk ujian darah lagi.

 

 

cerita pendek hari ni ialah tentang isu bersosial anak2 homeschool.

 

alhamdulillah walaupun dok belajo kat umah je, smpai sekarang ni umi tak nampak lagi bende2 pelik yg ada kat anak2 umi bertiga ni. tak nampak dia takut kat orang ke, benci orang ke, prejudis ke. suka belasah anak orang ke mahupun kedekut/ tak mau share barang2 dgn org yg dia tak kenal seperti mana yg org luar akan sangkakan pada anak2 homeschool ni.

 

antara candid anak2 dgn salah seorang kenalan baru di klinik tadi. kelihatan ammar yg ‘siok’ dok sbelah kawan popuan yg cam sebaya dia je. dorang tengah share biskut yg kami bawak.

 

pagi tadi, elok2 je smpai soh anak2 duduk kat satu sudut kecil kanak2. umi pi setelkan registration etc sorang2. bila umi datang balik 15minit kendian tengok dah ada 2 3 org kawan2 baru dok sama2 mereka semeja, borak2.. lepas tu semua sekali ke hulu hilir amik brochure klinik. 1jam tunggu dah penat, anak2 makan biskut jacob bulat yg umi bawak. alhamdulillah takde kemut2 nak bg kat kawan2 dorang. makan sesame, borak2.

 

maybe yg org nampak isu tak bersosial ni bermaksud :

1) anak2 homeschool tidak berjumpa dengan JUMLAH MANUSIA SEBAYA  ( umi kat sekolah rendah dulu kan pernah jumpa berapa ratus ntah kawan sebaya, lepas tu berapa ribu ntah kawan sekolah menegah, dan berapa puluh ribu lingkup sosial universiti) tapi yg benar dinamakan kawan tu boleh takdele smpai cam tu sekali banyaknye.. (tak perlu pun)

2) melakukan aktiviti dengan kanak2 sebaya mereka, cam kene pi hari sukan, hari guru, hari kantin, hari tu hari ni.. baru nampak hidup budak2 tu bz memanjang je kot supaya dorang tak terlibat dgn aktiviti sia2.. (tapi takde lak anak2 kat umah ni mengadap video/pc games, baca komik, lemah badan etc pun)

3) berperangai seperti mana kebanyakan kanak2 sebaya mereka…

4) tidak berkepit je dengan adik beradik ke mana2 je. (tapi anak2 umi walaupun rapat sesama mereka wlu di mana je, masih boleh membuka ruang komunikasi, dan aktiviti serentak dgn kanak2 lain, tanpa mencicirkan adik beradik)

5) takut bergaul dgn org lebih tua (tapi anak2 umi tak takut dgn org dewasa, malahan isi perbualan dan bahasa mereka standard kanak2 jauh lebih tua/matang)

 

yang penting samada homeschool atau tidak, ibubapa kene main peranan sebagai pengasuh akhlak anak2 mereka. selalu cerita tentang akhlak Nabi saw, org2 mukmin, tokoh2 yg baik mahupun kisah2 pengajaran (buku2 cerita kanak2) kpd anak2. jaga bahasa kita depan mereka. dan sentiasa cari peluang utk ubah perangai buruk kita yg dah lekat lama tu cam umi la.. ehm.. insha Allah moga Allah swt melapangkan jalan dan memberikan hidayah kita utk jadi ibubapa yg baik.amin.

 

apepon umi percaya mesti le ada kelemahan kat mane2 di pihak umi dan kami homeschooler ni. mane boleh 100% perfect kan? cuma sesame le kite meraikan perbezaan pilihan memasing selagi tidak bercanggah dengan agama Islam. wallahu’alam.

 

p/s: umi tak kisah ape org nak fikir pasai homeschool kami. tapi sebarang cadangan dan kritikan MEMBINA amat2 dialukan.

Kids Nite Out.. :)

malam ahad lepas, ayah bawa anak2 untuk KIds Nite Out hehe.. bukan family nite out sebab rasanya dorang yg paling hepi malam tu. first time kami datang kat tempat mainan ni. letaknya di Times Square tak jauh dari airport Berakas. jauh dari umah kami pun lebih kurang 15minit je.lagi satu, kami ni sangat jarang keluar malam utk entertainment. sebab tu entri ni spesel sikit.if ada pun pi masjid or umah teman2.

 

actually ammar yg dah seminggu asik pakai baju jalan, samada siang atau malam..katanya nak pi jalan2.. so ayah sian kat dia ayah bawale 3 beradik ni kuar.

 

dulu masa kami datang sini, happy city ni tak buat lagi. dia dok kat tingkat paling atas, satu aras dgn tempat parking. untuk masuk ntah bayo berapa, umi bg je duit, cashier bg baki pun umi lupa nak cek..ibubapa free je masuk. nak masuk same macam jungle gym kat kiulap tu, kene pakai stokin. disebabkan lupa bawa, terus beli stokin kat situ juge.. sepasang $2..

 

pendapat umi, tempat main budak2 ni jauh lebih beso dari kat jungle gym kiulap tu.. kat obstacles ni je ada tiga tingkat.. memang tak puas main, dan alhamdulillah malam tu pun tak ramai orang datang.

 

selain tu games yg masuk2 token tu pun banyak juge, kami main yg sesuai tuk kanak2/ bukan cam judi. satu token 50sen. ada gak kat situ bilik2 karaoke. tapi takdele berminat nak masuk..

 

ok kite layan gambo sambil sembang..

 

 

(atas) kat gelongsor putih tu ammar yg sedang nangis sebab tak mo turun kut situ utk kali keduanya, first time dia turun terperanjat dia sebab gelongsor sangat tinggi dan laju..hehe.. gelongsor ni beralun2.. (bawah) gambar pintu masuk ke obstacles kanak2..

 

kat bhgn pintu masuk dari parking ada kereta bermuzik ni..asalnya ammar yg nak naik, bila kete gerak je dia nangis, so dua yg tua tu le sambung naik :) (bawah) ayah pun join main bola sepak ni..

 

permainan feveret ayah (samada yg free atau berbayar)..lontar bola dalam jaring dalam masa yg ditetapkan

 

 

 

ha..betapa besonye tempat ni berbanding kat kiulap tu, dia ada happy journey section ni..naik ketapi 5 round!! best juge siap masuk belakang dinding yg ntah ape belakang tu org tua tak tau (sbb hanya dok belakang pagar besi je)

(bawah) cam biasa dah haus nak kene isi tekak dulu, so turun satu escalator je dah smpai food court..dulu takde sekarang dah ada. harga ok je, ada dim sum, nasi campur, sushi, makanan indonesia, nasi ayam antarabangsa etc.. kat happy city ni pun ada cam kantin kecil if maleh nak turun bolehle order air dan makan ringan2.

 

lepas makan sambung naik semula tempat tadi sebab kat sticker baju masih ada masa lagi 30minit so anak2 main lagi smpai terlajak 20minit…(50minit utk sesi kedua main)..

 

ammar sebenarnya tak sihat dah seminggu demam..so masa kat sini dia agak cepat sensitif..( masa artikel ni ditulis fathimah pula berjangkit…) tapi okle dapat hirup udara luar malam.

 

tentang sosial anak2 pula, walaupun dok umah tak sekolah, tak nampak pun masalah kat anak2 tentang isu sosial ni. boleh je dorang main same2 dgn kanak2 lain. fathimah dan muhammad pandai jaga ammar. selain tu fathimah pun pandai berurusan kat kaunter semasa bayar2 token etc. takdele dia takut2 or malu2..

 

ehm, so setakat ni umi tak setuju org kate bila anak2 dok sesama dorang adik beradik kat umah dia tak pandai bergaul/bersosial dgn masyarakat.. org yg cakap tu maybe kureng pendedahan/pengalaman hidup. lagi satu seminggu sblm tu pun ada kami dijemput ke kenduri doa selamat kawan yg nak pi umrah di brunei ni. ok je anak2 main kat kenduri tu. takde pon dorang buat kecah kat umah org ke. duduk bertiga satu penjuru or dalam bilik tidur tuan umah smpai balik ke…

 

last but not least tq kat ayah yg sudi bawa anak2 jenjalan walaupun siangnya penat keje.. :)

Free Educational (KIDS) Software to download (Spex Classic & Tux Paint)

 

 

Alhamdulillah melepasi 7bulan pregnancy ni umi masih terdaya untuk menguruskan rumah dan homeschool anak2 (dan crocheting.. hehe). cuma dari segi kepantasan ‘hardisk’ dalam kepala umi ni je yg agak slow sikit hehe.. dah kureng pantas utk capai idea2 yg lebih advance tuk projek anak2. kebetulan pula anak2 pun macam tak de menunjukkan keutamaan utk ajak buat ape2 eksperimen/projek. sebab selalunya projek dorang datang dari permintaan mereka sendiri.

 

memandangkan dah diletakkan laptop Asus umi kat bilik belajo dorang supaya lebih banyak aktiviti boleh dipelbagaikan dalam bilik tu maka umi bercadang tambahkan je software yg sesuai dalam laptop. ada banyak software yg sangat ssuai tuk anak2. antaranya yang dua ni. (yang lain nanti umi update dgn projek/aktiviti anak2 yang berkaitan.)

 

1) Spex Classix…

untuk download free software ni klik je sini.

 

 

SpexClassicWith Spex you can design and furnish a room. Set the room sizes and a budget to spend and display furniture and fittings on simple graphs and a spreadsheet.

 

Curriculum Design & Technology  Design a room in a house, a classroom, a street, garden, moonbase, egyptian tomb, shop, pool, play area, it room, and a shopping list. See all the designs in plan view or 3D view
Mathematics  Great introduction to Spreadsheet modelling, budgets and graphs. Design your room to a budget, and display the results in a spreadsheet or a graph.
ICT Graphical Modelling   Ideal for Graphical Modellingdrag items into the plan, select, move, copy, paste and rotate* to see how the different ‘graphical elements’ fit together.
Age   5 to 14 yrs! For all ages but designed for primary school use and lower secondary school.
Ease of use Intuitive and simple. Spex is very easy to learn and operate, it has been used in schools for many years and is tried and tested.

(* spex items are hand drawn vector images and most of them rotate in 90 degree steps.)

How does it work?  (click on any image to enlarge)
1. 2.

Select a place to design.

Set budget and dimensions.

There are eleven places, or environments, you can choose to design.

Select a budget and dimensions.

 

4. 5.

Spex plan view.

Spex 3d view.

The room display can be toggled

between the plan view …

 

… and the 3d view.



7.

Spex bar graph.

Spex pie chart.

A bar graph showing items

in the room.

A pie chart showing

items in the room.


10.

Spex line graph.

A line graph of items and prices in the room.

SpexClassic includes the following places to design:

Spex Bedroom- Plan View

Spex Bedroom - 3D View.

Plan view of Spex Bedroom.

3D View of Spex Bedroom.


Spex Bedroom- 3D View

Spex Kitchen - Plan View.

3D view of a Spex Bathroom.

3D View of a Spex Kitchen.

Spex Lounge - Plan View

Spex Lounge - 3D View.

Plan view of a Spex Bedroom.

3D View of a Spex Bedroom.

Spex Garden - Plan View

Spex Garden - 3D View

Plan view of a Spex Garden

3D view of a Spex Garden.


Spex Egyptian Tomb - 3D View

Spex Moonbase - Plan View

3D view of a Spex Egyptian Tomb.

Plan view of a Spex Moonbase.


Spex Play - Plan View

Spex Play - 3D View

Plan view of a Spex Play.

3D view of a Spex Play.


 

 

panjang lebar lak umi paste pasai spex tu..(sori nak taip maleh hehe) so ni ada sikit cth yg anak2 buat kat umah..

 

contoh 1 dari fathimah

contoh 2 dari fathimah

 

 

contoh 1 dari Muhammad

contoh  2 dari Muhammad

 

 

2) software free kedua ialah Tux Paint.. 

untuk download Tux klik sini.

yang ni sangat bagus utk kanak2 umur 2tahun utk start belaja guna mouse, keyboard dan aplikasi komputer. ammar (3tahun) dah boleh gune mouse dgn baik (75%).

 

 

ammar (3 tahun) menggunakan PC Asus di bilik belajar mereka

 

contoh Tux fathimah

contoh Tux dari ammar

kesimpulannya seperti software Spex Classic bagus untuk beri pendedahan dunia baru (architecture, interior design) kepada anak2. mengajar mereka untuk menimbangkan faktor2, ciri2 yg sesuai (menggalakkan pemikiran logik dan kreatif) semasa sesi susunatur. selain tu masa dapat digunakan dgn baik.

Tux Paint pula, adalah aplikasi melukis, dan mewarna yang jauh lebih baik daripada beri anak2 guna paint je.

yang paling penting bg umi, adalah tidak memberikan anak2 main GAMES semata2 nak ajar mereka celik IT/Teknologi.. kali terakhir anak2 main PC games ialaj 3bulan lepas..

 kelebihan ada independent  software ni ialah apabila nanti tiba masa umi bersalin, pantang, agak bz dgn baby, tak sihat or kami berada di luar negara (balik kampung malaysia ler), software camni boleh menjadi teman belajar utk anak2 :) )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok