Archive for the ‘kisah Nabi’ Category

aktiviti mencerap bulan ramadhan

entri ini berkesinambungan dari posting lepas yg bertajuk erti ramadhan buat kami.

 

akibat (hehe..macam tak restu lak umi..), melihat cerita upin ipin episod anak bulan, anak2 cam tak sabar2 nak tengok anak bulan ramadhan. if terpandang bulan waktu malam sure tanya umi, tu anak bulan ramadhan ke..

 

so, mengambil peluang kehadiran ramadhan almubarak, umi selitkan sekali aktiviti sains untuk anak2, iaitu mencerap bulan ramadhan.

 

cara kerja:

1) war2kan tentng kehadiran ramadhan, agar anak2 bersedia untuk ‘mencari’ anak bulan

 

2)tunjukkan dulu pada anak2 kitar pusingan bulan mengelilingi bumi seperti yg ada dalam contoh di bawah:

a) animasi fasa bulan

b) moon life cycle

 

3) printkan jadual bulan yg dah siap dan juga jadual bulan yang kosong. boleh didapati di sini.

 

4)dapatkan satu teropong mainan yg boleh digunakan walaupun tak power. kebetulan kat umah ada teropong kuasa sederhana (ayah guna utk tinjau kerja2 site), beli kat kedai camping harga BND 25.

 

5)bermula petang je dalam 4 petang kekadang dah boleh nampak anak bulan. tapi utk 1st day smpai 5th dah memang tak nampak apa dari siang smpai malam maybe sebab awan tebal. kat brunei hampir setiap hari ada hujan lebat walaupn sekejap2.

 

6)apa yang anak nmpak tu, maka itulah yg akan direkodkan walaupun tak sama dengan jadual kitar sesbulan penuh.

 

7)umi kena bagi sikit penerangan kenapa bulan yg kami teropong atau lihat tak sama dengan jadual kitar sebulan penuh pada hari berkenaan. jawapan plg mudah maybe sebab cuaca la.. :)

 

gelagat anak2 mencerap bulan pada 2 ramadhan yg lalu

 

pengajaran daripada aktiviti ini:

1)anak2 belajar tentang kitar pusingan bulan (sains)

2)disiplin utk merekodkan pemerhatian bulan dalam jadual.

 

3)mengenali bulan sebagai makhluk Allah swt yang taat (akidah)

4)mengetahui kisah bulan yg terbelah dua ketika Nabi Muhammad saw membuktikan akan mukjizat kenabian kepada golongan musyrik. boleh baca kisah tu kat sini.

 

wallahu’alam.

 

 

origami labah-labah dan kisah di Gua Tsur

semakin dekat dengan Ramadhan semakin lembut dan sensitif (mudah terusik) hati kita kan? mmm.. Alhamdulillah moga2 lebih mudah kita untuk melenturkan hati kita yg keras ni dengan bermulanya Ramadhan yang mulia dan berterusan hingga ketemu ramadhan kan datang.

 

hari ni umi sambung aktiviti READ ALOUD dengan menggunakan buku siri ke15 Sayangi Rasulullah SAW yang bertajuk : Pakatan Quraisy.

sesiapa yg berminat utk dapatkan buku bersiri ni sila klik sini.

ia adalah mengenai kebencian yang semakin mendalam orang musyrik Quraisy terhadap Rasulullah saw dan orang Islam di Mekah. tambahan lagi Saidina Abu Bakar a.s telah membenarkan Peristiwa Satu Malam (Israk Mikraj), maka lebih ramai lagi org yg memeluk Islam kerana takjub akan kebesaran Allah swt. selepas Perjanjian Aqabah pertama dan kedua oleh penduduk Yathrib, Allah mewahyukan agar Rasulullah saw ditemani Saidina Abu Bakar a.s berhijrah ke Yathrib.

 

pakatan Quraisy yg merencanakan pembunuhan ke atas Nabi saw gagal apabila mereka ditidurkan ketika mengepung rumah Rasulullah saw. malam itu, Rasullah saw telah keluar  dengan izin Allah swt dan tempat tidur baginda digantikan oleh Saidina Ali kwj.

 

Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di Gua Tsur. dengan arahan dari Allah swt, burung merpati mengeramkan telurnya dan labah2 membuat sarang di muka pintu gua berkenaan. melihatkan pintu gua yg sperti tidak dimasuki orang, akhirnya orang musyrik yg mencari Rasulullah saw tidak menyedari akan tmpt persembunyian itu.

 

Subhanallah! begitulah besar jasa Burung merpati dan labah2 yg taat pada perintah Allah swt. sejauh mana pula ketaatan kita pada Allah swt?…

 

semasa membacakan buku ni umi ‘conteng’ sikit kat whiteboard utk menarik perhatian anak2. ini penting agar anak2 kekal fokus dan berminat mendengar sehingga ke noktah terakhir. ceritakan juga kepada anak2 tentang nilai keberanian Saidina Ali kwj tidur di tempat Rasulullah saw dan kesetiaan Saidina Abu Bakar ra menemani baginda berhijrah ke Yathrib.

 

‘conteng2′ gambaran di Gua Tsur dan peristiwa hijrah

selepas habis cerita, anak2 pun mengeluh frust sebab mereka dah excited sangat slpas dengar cerita tentang labah2 dan burung merpati yang baik :) dan mereka minta umi utk sambung siri seterusnya. tapi cukuplah smpai situ hari ni, sebabnya TIPS utk ‘reserve minat anak2 utk sesi seterusnya’ adalah dgn berhenti ketika mereka sedang seronok hehe.. :) )

selepas sesi READ ALOUD, umi bersembang dengan anak tentang pertolongan yg diberikan oleh labah2 dan burung merpati. hendaklah kita mencontohi mereka dan anak2 juga tak boleh menganiaya atau menyakiti binatang yg tak mengganggu kita (walaupun kat umah byk sawang labah2 hehe..kantoi!).

malamnya, umi tunjukkan anak2 gambar Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Nabi saw dulu. selepas tu umi tolong buatkan origami labah2 dan sawangnya.

Gua Tsur yg menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad saw dan sahabat baik baginda Saidina Abu Bakar ra.

seronok betui anak main labah2 origami ni..

semasa tunjukkan gambar2 labah yang berwarna-warni bolehle teruskan sembang dengan anak2..:

1)Allah Maha Hebat jadikan labah2 macam2 warna-tunjukkan semua gambar labah2 yg macam2 warna

2)ajarkan anak2 nama labah dan warna in BI

3)tunjukkan anak sawang labah2.. (sains)

4)tanjukkan anak jenis labah2 termasuk tarantula (sains)

link untuk buat labah2 origami di atas boleh cek di sini:

1) origami labah-labah

2)origami sarang labah-labah

semasa umi melipat origami umi ingatkan anak2 bahawa utk mendapat hasil origami yg yg terbaik kenalah melipat kertas dengan tepat. jika buat nak cepat je maka mereka takkan dapat hasil yang sama. lagipun Allah suka kat hambaNYA yang apabila buat sesuatu buat dengan sebaik mungkin.

selamat mencuba! :) insha Allah!

Tertib Doa : Ajarkan pada anak2


syukur kat Allah swt kerana dengan izinNYA hari ini, untuk pengisian READ ALOUD kami, umi larat untuk habiskan siri ke 10 Sayangi Rasulullah saw.  siri 10 adalah tentang Rasulullah saw berdakwah kepada kaum Quraisy. semuanya ada 30 siri. umi suka buku2 dalam siri ini sebab jalan cerita yang mudah serta ilustrasi yg menarik selain mukasurat yg besar membantu anak untuk diam memberi perhatian pada penceritaan umi.

 

bg yg berminat utk membelek siri di atas boleh cek semula posting lepas tentang pembelian buku ini.

 

selepas itu umi terpanggil utk mengajarkan anak tertib berdoa yang baru umi pelajari malam tadi melalui pembacaan artikel Saudara Fuad Latip yg bertajuk Protokol Doa ( rujuk ebook percuma Fuad Latip.com volume 1: Protokol Doa) . contoh doa yang ada protokol ialah doa glamer-Doa untuk Kekasih. ya Allah seandainya dia bukan untukku..bla bla..

 

menurut beliau seindah2 doa mempunyai 5 turutan isi iaitu:

1)Tawassul-memuji Allah

2)khusus-doalah secara khusus (kaedah SMART)

3)sebab/alasan-beritau sebab kenapa nak doa tu sebab utk tambah azam diri sendiri

4)Tawassul-pujian kembali utk Allah swt/memetik semula kata2 Allah

5)Pasrah-tawakkal samada Allah nak bagi bila2 masa pun or nak ganti yg lebih baik utk kita.

 anak2 rajin solat sama2..utk peringkat awal sapa jadi imam tu tak perlu tergesa2.. :) nanti muhammad dan ammar dah ready mereka akn belajar jadi imam utk semua amin.

 

 

ditakdirkan pula malam semalam umi solat jamaah maghrib dgn anak2. semasa berdoa, semua org doa sendiri2. fathimah doa dulu,

“Ya Allah fathimah nak baju panjang. amin”

 

kemudian dengar muhammad pula berdoa,

“Ya Allah nanti Muhammad nak kapal terbang.” tiba2 tangan dia pun dok eloberate kat Allah camana bentuk kapal terbang yg dia nak tu “kapal terbang camni, ha yang ada remote tu, alaaa kan boleh pusing..amin”

 

tergelak umi dalam doa umi.

 

so thats why selepas READ ALOUD tadi umi rasa bagus juga umi ajarkan anak2 teknik yg umi sendiri baru tahu ni. subhanallah, Maha Suci Allah yang mengajarkan kami daripada jahil kepada tahu. sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

apabila kita berdoa mengikut protokol yang terbaik, kita sendiri akan lebih menghargai doa tu, malahan semakin dekat dengan Allah swt.insha Allah.

 

maka, umi pun ajarlah anak2 dengan memimikkan semula cara mereka berdoa malam tadi.. tergelak2 anak kelucuan heheh..

 

lepas tu umi perbaiki cara doa mereka seorang demi seorang, dan mereka cuba ikut.

 

utk anak2 kecil umi ni umi hanya tekankan 3 protokol, dan berikut adalah cth2 utk anak2 tadi:

1)Puji Allah 

“ya Allah yang baik, Allah yg selalu bagi timah hadiah”

“Ya Allah yg jadikan semua”

“Allah baik”

“Allah Muhammad sayang Allah”

 

2)doa khusus

“Fathimah nak baju panjang dan warna pink”

“Muhammad nak basikal yang boleh letak kaki kayuh2 tu”

“ammar nak kereta”

 

3)pasrah

“Allah tak bagi pun takpalaaaaa… timah sabar”

“Takdapat pun takpa, Muhammad sabar”

berikut adalah scene pendek anak2 cuba ingat protokol doa yg diajar…

Ammar:  walaupun dia belum fasih bercakap Alhamdulillah dia tak berat mulut untuk belajar perkataaan2 baru :)

Muhammad : ni yg paling kelakar, suka buat aksi2 tangan dan badan semasa berdoa, tapi bila masuk video dia kaku-segan la tu..

fathimah : biasalah yg plg senior fathimah lebih serius dan tekun semasa berdoa :)

umi secara peribadi rasa kasihan juga kat anak2, umi tak belajar agama tinggi. apa yang umi tahu dapatlah umi ajarkan. apa yang Allah lorongkan, umi akan terus sampaikan pada anak2. terima kasih ya Allah mengajarkanku ilmu untuk mendekatiMU. maka dapat pula aku smpaikn buat anak2ku serta berkongsi ilmu MU dengan insan lain. ampunilah kelalaian dan kejahilan hamba yang lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok