eksperimen kacang hijau menjadi taugeh

mukadimah :)

pertengahan tahun lepas pernah buat eskperimen ni dengan anak2. masa tu letak biji2 kacang hijau atas kapas basah dan letak dalam egg carton. ‘semaian’ ni letak di luar.tunggu2 tak jadi rupanya sebab diletakkan bawah cahaya matahari so kacang hijau kering dan tak leh tumbuh. sampai situ je eksperimen.

 

baru2 ni sorang kawan tunjuk gambo dia tanam taugeh dalam dapur umah je utk buat aksesori kuah laksa sarawak dia, tq zaiti oman :) , alhamdulillah, umi termotivasi utk sambung eksperimen yang tak jadi tu. anak2 pun memang suka aktiviti yg berkaitan dengan tanaman ni.

 

*notes: walaupun kelihatan seperti umi je yg buat banyak keje sebenarnya umi akan libatkan anak2 dlm kebanyakan steps dlm eskperimen/projek kami. cuma tak tertulis je le semua kat sini. yang penting semasa projek, MULUT ibu2 mesti bla bla bla… cerita je apa yg sedang dilakukan, kesannya, tujuannya etc. anak2 akan absorb maklumat selain mendapat perbendaharaan kata yang baru. insha Allah*

 

kembali kepada eksp. kita tadi..

 

bahan2:

1) kacang hijau

2) 3 bekas bersih bersama 2 penutup

3) whiteboard marker utk melabel

4) video yang sesuai. klik sini.

 

nota tambahan 6/4/2012: kacang2 ni telah dibasuh, dan ditambah air utk rendaman 12jam pertama, lepas tu sesi 12 jam yang seterusnya hanya dibilas dan direndam 2minit dlm air kemudian air dibuang. kacang yg basah dibiarkan dalam bekas utk membesar.sila tengok video yg diberi sebagai rujukan.

 

umi bahagikan biji kacang hijau kepada 3 bekas yang mempunyai ciri2 bekas yang berbeza untuk memberikan hasil yg berlainan:

A: ditutup sepenuhnya

B: dibuka separuh penutup

c: tiada penutup

 pada 12jam pertama tunas2 mula tumbuh sama panjang pada ketiga2 bekas

 

 

pemerhatian hari pertama:

biji kacang hijau bekas B mengeluarkan tunas yang lebih panjang berbanding c diikuti bekas A yang paling pendek tunas.

sarung kacang: masih banyak belum terbuka utk ketiga2 bekas

bau:bekas tertutup PENUH ada bau sedikit

 

selepas 36jam..taugeh yg terbuka separuh penutup (B) paling menyerlah, bekas tak tutup langsung (C) taugehnya panjang tapi kurus  

 

Pemerhatian hari kedua:

bekas A masih mempunyai tunas paling pendek tetapi berisi serta mempunyai kepala taugeh yang bersih dan segar, tunasnya juga jernih dan cantik berbanding taugeh dalam bekas B dan C mempunyai tunas yg sangat panjang tetapi kurus dan mula buruk. bekas C (yg terbuka sepenuhnnya) paling teruk keadaannya.pada ketiga2 taugeh ada macam spora halus di bahagian tunasnya.

bekas A mempunyai kesan wap air di dalamnya. manakala bekas B dan C clear dan kering.

 

perbandingan bekas dan taugeh pada hari kedua

 

pemerhatian hari ketiga:

 

 

BEKAS A (tertutup sepenuhnya):

walaupun kulit kacang masih melekat pada taugeh, taugeh kelihatan lebih segar dan berisi. badan taugeh lebih pendek daripada bekas2 lain.

 

BEKAS B( terbuka separuh penutup):

taugeh sangat panjang smpai ada akar. taugeh kurus. kulit kacang dah terlerai hampir sepenuhnya.

 

BEKAS C( tiada penutup):

taugeh kelihatan lebam, kurus dan panjang smpai ada akar.

 

 

perbandingan hasil terakhir fizikal taugeh dari bekas A, B dan C.

 

 

muhammad sangat takjub tengok taugeh yang mempunyai akar yg sangat panjang

 

untuk akan datang (samada dengan taugeh atau sayuran lain), umi akan benarkan anak2 utuk buat A-Z eksperimen ni sendiri2. sbg tambahan, umi nak mereka ukur dengan pembaris panjang taugeh/sayuran dan rekodkan.

 

alang2 dah tanam taugeh anak2 mesti diberitahu khasiat taugeh ni. antaranya:

1) sangat baik untuk KESUBURAN sperma lelaki dan ovum wanita

2) tingkatkan KEPADATAN SUMSUM TULANG, menjauhkan OSTEOPOROSIS

3) untuk AWET MUDA

4) menghindarkan KANSER PAYUDARA, gangguan MENSTRUASI, PRA-MENOPOUS.

5) Sangat baik utk orang yg terdedah dengan SERANGAN STROK / JANTUNG

6) membantu membuang toksik/kotoran dalam USUS BESAR

7) melumpuhkan bibit2 KANSER dalam USUS BESAR, PANKREAS dan LEUKEMIA

 

Allah swt Maha Hebat menjadikan 1001 penawar dalam badan taugeh yang kurus kecil..

Allah berfirman, maksudnya:  “Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh- tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai”Surah Al-Hajj, ayat 5.

 

so kepada yang tak makan taugeh boleh le belajar2 dari sekarang. yang berminat nak buat berniaga bolehle try cek kat sini. dan sini.

 

bagi peminat taugeh dan rajin beli taugeh yang segar bugar, sila baca cerita di sini untuk memastikan sumber taugeh tu bersih dari najis manusia..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “eksperimen kacang hijau menjadi taugeh”

  • assalamualaikum k.baiti…..
    bestnya eksperimet nkan….boleh buat utk abang Muaz..suka sangat nak buat ekperiment sejak tgk rancanagn profesor comot dalam tv…

    k.baiti akn dapat bby lagi…wah……termakbul doa saya.hihihihih..akan jadik 4 yer sekarang..alhamdulillah……berapa bln dah akak?

    [Reply]

    kbaiti Reply:

    salam fida, tq datang ziarah walaupun sgt sibuk dgn anak4 dan kerjaya :) budak2 memang suka dgn bende2 yang menarik dan pelik2 camtu, elokle if dapat buat dgn anak2, senang je, paling comot pun letak je dalam kapas basah yg bertutup dan gelap, jadile nanti insha Allah..

    alhamdulillah dah 6bulan :)

    [Reply]

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok