homskul acitivity : kenal huruf melalui latihan menulis nama

muhammad tumpang bangga kakaknya berjaya tulis nama ayah.. :)
so dia possing first..

fathimah pun nak juga tunjuk hasil tulisannya sendiri.. :)

selepas berjaya menulis namanya dgn sempurna,( lihat posting lalu kat sini), umi tambah lagi dgn nama ayah dan umi pd hari khamis. kemudian pada hari sabtu dia tunjukkan pada umi bagaimana dia menulis nama JAMAL dan BAITI dgn yakin sekali. alhamdulillah.

maknanya fathimah telah hafal tulis nama dia, ayah dan umi sambil membunyikan suku kata yg terlibat. cthnya dia akan menyebut dan menunjuk JAMAL.

pada istilah umi, kiranya kita boleh panggil proses ini- REVERSE ENGINEERING. belajar dari belakang :)

sesape yg tak pernah dgr istilah ni, meh le umi bg analogi sikit..

amerika dah ada FORD yg hebat, jepun bangkit sbg negara pengeluar kereta yg top dgn cara beli kereta tu, bukak2, sampai jadi besi seketui2 utk belajar camana omputih buat kereta then bila dah pandai dia upgrade teknologi dan design buat jenama keta dia sendiri macam Honda dan Toyota. begitule kisahnye..

sekadar makluman, fathimah tak hafal ABC lagi, termasuk le tak khatam lagu ABC tu. pernah cuba ajar sejak umur 2 tahun lebih camtu lagi tapi mungkin sebab umi tak konsisten tambahan dia macam tak minat je, so umi tak paksa walaupun dlm hati ada risau2 gak.. camanele anak aku ni, org lain anak2 dia dah hafal lagu ABC.. umi berdoa selagi dia gembira dgn cara dia, umi akan follow je.. takpe.

ok balik hal REVERSE ENGINEERING ni, kaitannya ialah biasanya org hafal ABC dan belajar kenal/menulis perkataan tapi fathimah, dia hafal perkataan tertentu dahulu dan baru kenal ABC..

proses mengajar fathimah mengenal ABC secara PRAKTIKAL adalah spt berikut:

1-Fathimah kenal nama orang dulu- sejak lahir le.

2-dia didedahkan dengan ejaan namanya dulu-umur 2 tahun lebih

3-umi ceritakan & kenalkan huruf dlm nama dia-3 tahun lebih.
boleh check kat sini kaedah kenalkan huruf.

4-umi ajar dia tulis nama dia-pun same 3 tahun lebih

5-dia tulis nama dia dgn macam2 version-AFA,FFF,MHM, MIA etc- ketika umur dekat 4 tahun

6-suatu hari dia berjaya tulis nama dia dan kenal huruf dlm nama dia-FATHIMAH 4 thn lebih

7-umi tambah nama ayah(JAMAL) dan umi (BAITI), kurang 24jam dia dah boleh tulis dan kenal huruf baru -J,L,B-baru semalam (Fathimah baru 5thn pd 9/2).

tapi masih terlalu awal ni. kena terus asak dia dgn huruf yg baru kenal tu agar dia betui reti guna next time.

8-insya Allah lepas ni akan tambah MUHAMMAD dan AMMAR, maknanya dia akan kenal U,D,R, Insya Allah! amin.

umi taktau camane sbnarnya cara utk mengajar anak2 membaca dan menulis etc.tapi nampaknya cara ni setakat ni alhamdulillah berkesan untuk fathimah. mungkin juga untuk adik2nya.

Yg penting mesti ajar mengikut mood umi, anak2, dan kesesuaian material/kaedah dari masa ke semasa. yg penting mencapai matlamat OHH.. insya Allah.

wallahu’alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “homskul acitivity : kenal huruf melalui latihan menulis nama”

  • Mila_ibu najihah:

    Salam kak baiti,

    bagus jg cadangan kak baiti ni.
    I've got this same problem, najihah tak nak kita tunjuk one by one ABC tu..dia bosan kot, tp dia suka bila kita nyanyikan ABC, dia lebih prefer pertunjukan gambar and dia nak trus lompat kpd ejaan (i.e: eja C.O.W) klu nak suruh kenal ABC tu mmg sukar la skit. Since Reverse Engineering ni mmg wujud..ecehh..maybe sy bleh practic yg ni.TQ sist

    [Reply]

  • Anonymous:

    :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cwy: :devil:

    [Reply]

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok