Isu lapuk : Anak2 homeschool tak pandai bersosial?

pagi tadi baru balik dari klinik kesihatan ibu mengandung di kiarung. anak2 ikut umi awal pagi tu sementara ayah selesaikan keje2 opis yg penting. lepas tu ayah datang jap dan bawak umi ke spital besar RIPAS lak tuk ujian darah lagi.

 

 

cerita pendek hari ni ialah tentang isu bersosial anak2 homeschool.

 

alhamdulillah walaupun dok belajo kat umah je, smpai sekarang ni umi tak nampak lagi bende2 pelik yg ada kat anak2 umi bertiga ni. tak nampak dia takut kat orang ke, benci orang ke, prejudis ke. suka belasah anak orang ke mahupun kedekut/ tak mau share barang2 dgn org yg dia tak kenal seperti mana yg org luar akan sangkakan pada anak2 homeschool ni.

 

antara candid anak2 dgn salah seorang kenalan baru di klinik tadi. kelihatan ammar yg ‘siok’ dok sbelah kawan popuan yg cam sebaya dia je. dorang tengah share biskut yg kami bawak.

 

pagi tadi, elok2 je smpai soh anak2 duduk kat satu sudut kecil kanak2. umi pi setelkan registration etc sorang2. bila umi datang balik 15minit kendian tengok dah ada 2 3 org kawan2 baru dok sama2 mereka semeja, borak2.. lepas tu semua sekali ke hulu hilir amik brochure klinik. 1jam tunggu dah penat, anak2 makan biskut jacob bulat yg umi bawak. alhamdulillah takde kemut2 nak bg kat kawan2 dorang. makan sesame, borak2.

 

maybe yg org nampak isu tak bersosial ni bermaksud :

1) anak2 homeschool tidak berjumpa dengan JUMLAH MANUSIA SEBAYA  ( umi kat sekolah rendah dulu kan pernah jumpa berapa ratus ntah kawan sebaya, lepas tu berapa ribu ntah kawan sekolah menegah, dan berapa puluh ribu lingkup sosial universiti) tapi yg benar dinamakan kawan tu boleh takdele smpai cam tu sekali banyaknye.. (tak perlu pun)

2) melakukan aktiviti dengan kanak2 sebaya mereka, cam kene pi hari sukan, hari guru, hari kantin, hari tu hari ni.. baru nampak hidup budak2 tu bz memanjang je kot supaya dorang tak terlibat dgn aktiviti sia2.. (tapi takde lak anak2 kat umah ni mengadap video/pc games, baca komik, lemah badan etc pun)

3) berperangai seperti mana kebanyakan kanak2 sebaya mereka…

4) tidak berkepit je dengan adik beradik ke mana2 je. (tapi anak2 umi walaupun rapat sesama mereka wlu di mana je, masih boleh membuka ruang komunikasi, dan aktiviti serentak dgn kanak2 lain, tanpa mencicirkan adik beradik)

5) takut bergaul dgn org lebih tua (tapi anak2 umi tak takut dgn org dewasa, malahan isi perbualan dan bahasa mereka standard kanak2 jauh lebih tua/matang)

 

yang penting samada homeschool atau tidak, ibubapa kene main peranan sebagai pengasuh akhlak anak2 mereka. selalu cerita tentang akhlak Nabi saw, org2 mukmin, tokoh2 yg baik mahupun kisah2 pengajaran (buku2 cerita kanak2) kpd anak2. jaga bahasa kita depan mereka. dan sentiasa cari peluang utk ubah perangai buruk kita yg dah lekat lama tu cam umi la.. ehm.. insha Allah moga Allah swt melapangkan jalan dan memberikan hidayah kita utk jadi ibubapa yg baik.amin.

 

apepon umi percaya mesti le ada kelemahan kat mane2 di pihak umi dan kami homeschooler ni. mane boleh 100% perfect kan? cuma sesame le kite meraikan perbezaan pilihan memasing selagi tidak bercanggah dengan agama Islam. wallahu’alam.

 

p/s: umi tak kisah ape org nak fikir pasai homeschool kami. tapi sebarang cadangan dan kritikan MEMBINA amat2 dialukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Isu lapuk : Anak2 homeschool tak pandai bersosial?”

  • noraini:

    taniahlah..bagaimana anda dapat manage utk mengajar mereka dirumah ya? kurikulum nya bagaimana ?

    [Reply]

  • salam noraini, maaf lambat reply. maksud noraini, pengurusan masa ke? saya menyusun maa2 utk buat kerja rumah dan mengajar anak (formal) mingikut prioriti.

    kurikulum pula saya takde silibus tertentu utk setiap orang (3org anak, 7,5 dan 3). biasanya sehingga umur 3 tahun lebih kepada kemahiran motor tangan, koordininsi mata, latihan penulisan dan melukis serta keyakinan utk bertutur.

    apabila masuk 4 tahun, lebih rancak penumpuan utk pelajaran formal spt mengenal abjad, nombor (tambah tolak mudah) dan mengaji.

    6 tahun ke atas, intensif kepada latihan membaca (bI dan BM), hafazan surah2 pendek.

    projek/eksperimen pula dibuat serentak utk semua anak walaupun ada yg masih bayi ketika projek/eksp dibuat tapi penglibatan mengikut kemampuan masing2.

    Read aloud (membaca kepada anak2) aktiviti rutin.

    selain tu outddoor activity dan peluang utk bersosial dengna masy luar dari family.

    wallahu’alam.

    [Reply]

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok