jom bantu anak2 belajar melukis pula!

belajar melukis adalah salah satu aktiviti yg paling digemari oleh anak2 umi. umi percaya ia juga disenangi oleh kebanyakan ibubapa dan anak2. ini kerana, semasa waktu membesarlah otak sangat giat memproses semua maklumat yang dilihat, didengar dan dirasa yang kemudian diterjemahkan dalam bentuk lukisan. bermula dengan sekadar menconteng2 sehinggalah mereka mampu utk merealisasikan sesuatu objek atau pemandangan yang boleh kita fahami. sering juga lukisan digunakan  anak2 utk mengintepretasi perasaan dalaman mereka.

 

lukisan juga mampu membantu anak2 untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran tangan dan manupulatif. . ada segelintir anak2 sehingga umur 3 tahun masih tidak dapat bertutur dengan lancar, maka lukisan dapat membantu mereka menyampaikan kehendak pada ibubapa.

 

oleh itu tanpa buang masa, di rumah kami memang ada kertas A4, mahjong,  buku kosong dan ‘whiteboard’ (mahjong paper yg dilapik plastik di dinding) yg umi sediakan sepanjang masa untuk digunakan oleh anak2 utk tujuan ini.

 

walaupun umi bukan seorang yg berbakat besar dalam lukisan umi juga sukakan bidang seni ini sbg hobi. sebelum menjejakkan kaki di UTM Skudai pada tahun 1997 dlm bidang kejuruteraan elektrik, umi pernah konflik samada hendak mengikuti bidang kejuruteraan atau senibina.maybe kurang keyakinan diri, takdirNYA, umi pilih bidang yg telah sinonim dgn umi semasa di teknik KL saje.

 

kat umah, selain daripada tema bebas, umi cuba juga untuk perbaiki hasil kerja anak2 dengan pelbagai teknik mewarna dan jenis2 lukisan. contohnya, kekadang umi ajar cara lukis potret (lukisan potret tak digantung di rumah, sekadar koleksi tertutup/latihan melukis je) dan pemandangan dalam umah. selain tu umi akan perkemaskan kemahiran menggunakan ton warna seperti yang kami pernah buat berikut..

 

 

umi juga sangat suka lukisan kejuruteraan. so umi ada juga ajarkan anak2 camana nak buat lukisan perspektif, lukisan isometrik dan bentangan bongkah. umi rasa kemahiran lukisan seperti ni sangat membantu ketika mereka mula belajar / berminat dengan subjek2 seperti geografi, sains, kejuruteraan, senibina, kreativiti dan lain2.

 

untuk ajar anak2 melukis dengan lebih teratur, ibubapa boleh dapatkan buku2 lukisan yg ssuai di kedai buku. selain tu dalam internet pun ada. Antaranya spt berikut:

1) basic drawing

2) free art lesson

3) colored pencil basic

4) how to draw various types of houses/buildings

5) 2D to 3D drawing

6) drawing lessons for kids

 

bagi yg berkemampuan boleh juga hantar anak2 ke kelas seni lukisan. ehm lagi satu yg penting, lukisan juga boleh merapatkan hubungan ibubapa dgn anak2. masa umi kecik, wan rajin tolong umi buatkan lukisan sekolah umi hehe… wan jarang menolak permintaan umi walaupun wan sendiri tak pasti camana nak lukis objek berkenaan. kesan respon wan tu even nampak kecil menyebabkan umi rasa dihargai oleh wan sampai ke hari ni.. :)

 

akhir kata, dengan bakat seni lukis, kita jua boleh berdakwah mengenai keindahan ajaran ISLAM. lihat hari ni ramai anak2 muda yg berbakat melukis kartun dakwah yg merupakan salah satu alternatif mendekati golongan muda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Permata Ke4 InshaAllah!
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok