kebiasaan salah dalam MELABELKAN ANAK-ANAK..
suatu petang muhammad dan ammar bermain di rumah seseorang di malaysia. tiba2 muhammad mengambil mainan berkenaan dari tangan ammar. ammar menangis sebentar..
“muhammad ni memang macam tu perangai dia, perampas!”
ahh! Allahu Akbar! terkejut umi apabila salah seorang dewasa menjerit pada muhammad sedemikian..
umi yang ada tidak jauh dari mereka segera meleraikan perselisihan kecil itu. sedikit nasihat dan negotation menyelesaikan masalah dlm masa 2minit tanpa perlu umi marah2. mujurlah muhammad tidak perasan sergahan insan berkenaan padanya.
sebenarnya umi terkejut pada kata2 insan berkenaan tu kerana:
a) umi sangat kenal muhammad. dia bukan perampas.
b) umi rasa gaduh adik beradik sikit2 tu biasale, kekadang ibubapa atau orang lebih tua tak perlu masuk campur.
c) baru umi sedar, kesilapan yang mungkin umi lakukan pada anak2 selama ini, iaitu MELABELKAN mereka dengan imej yang negatif walaupun sebenarnya mereka tak seperti itu (biasele budak2kan sedang membesar?)
selalunya macamtule ibubapa terbiasa menyelitkan dialog label2 ni pada anak2. dari anak tu kecil dah mula sebut; (yang font merah tu alternatif lebih baik)
“MALAS BETUL KAU ni, sikit2 tengok TV, bacalah buku tu, kan periksa nak dekat ni!”
-bawak sini buku kerja matematik tu, mak tolong ajarkan-
“DIAM, MENGADA2LAH KAMU ni, jatuh sikit nangis, kena marah sikit nangis”
-sakit kat mane? meh mak tengok, if darah kita letak ubat ye-
“macam nenek tak tau apa mat buat kat sekolah tadi, mat belanja kawan2 guna duit mak ye?, TAK HABIS2 MENCURI kamu ni, besar nak jadi apa?”
-petang tadi makan dengan kawan2 ye? ada kawan mat yang miskin? baikla mat ni. if mat nak duit bagitau nenek ye. takpun kita boleh ajak kawan mat makan dirumah-
“jangan melawan bila papa tengah cakap, nak jadi anak derhaka?”
-ok adi cerita dulu apa masalah adi, papa nak dengar-
“dah bodoh tu bodoh juga, belaja kuat mana pun sure dapat nombor last dia dalam kelas”
-takpe, ibu dah tengok anak ibu memang dah usaha belajar, nombor tak penting untuk nilai anak ibu yang kuat semangat ni-
ni hanya sebahagian kecil kenyataan yang sering diulang2 di hadapan mahupun belakang anak2. lama kelamaan memang benar anak2 akan menjadi seperti yang kita labelkan itu. bukankah kata2 itu doa, apatah lagi dari mulut seorang ibu?
pada pendapat umi, anak2 especially bawah 6 tahun mereka tidak faham masalah sikap yang negatif . mereka hanya buat berdasarkan sifat semulajadi kanak2. mereka tak tau benda tu betul ke salah ke. mereka sekadar menunjukkan cara mempertahankan hak atau menyampaikan rasa hati. mereka juga bertindak berdasarkan pemerhatian sekitar. samada dilakukan oleh orang terdekat atau dilihat dalam media. anak2 kecil tidak banyak pilihan untuk dicontohi kerana perkembangan dunia mereka masih kecil.mereka juga tidak cekap dalam membuat pertimbangan samada perkara itu dibenarkan, disukai, digalakkan dan lain2.
untuk menangani isu ini, sebaiknya kita orang yang lebih tua, lebih terbuka, sabar, dan menunjukkan alternatif kepada sikap negatif itu. Jangan kita mengambil jalan pintas dengan terus melabelkan mereka yang buruk2, percaya tak anak yang tidak tahu maksud perampas sebelum ni akan jadi perampas selepas itu kerana mereka telah diajarkan nilai diri yang baru!
contoh kes sejak kecil, anak2 dah dipaksa buat kerja umah, (nak ajak anak kemas umah ke nak kerah anak kemas umah ) apabila mereka tidak mahu (biasale budak2, bukan tak mahu…) kita melabelkan mereka MALAS MALAS MALAS MALAS..smpaile anak tu baligh akhirnya dia yakin dan percaya bahawa memang sejak dia kecil dia seorang yang PEMALAS! salah siapa di sini?? apabila dia besar dia akhirnya kecewa kerana orang panggil dia pemalas sejak kecil sedangkan dia tak nampak kat mana malasnya.., tapi orang tua dgn mudah katakan padanya, jika kau tak malas jadile rajin, tak nampak pun berubah! ha, setelah orang tua ‘sibuk’ melabelkan anak2 malas sejak mereka kecil apabila dah besar salahkan anak2 yg tidak mahu berubah?..
maaf jika ada yang terasa dengan kata2 umi di atas. umi yang buat salah selama ni, sekadar peringatan untuk diri sendiri di masa akan datang..
akhir kata, jangankan kanak2, orang dewasa pun boleh menerima ‘label yang negatif’ sebagai arahan minda bawah sedar, akhirnya menjadikan ia kenyataan…bawakkan bersabar dan berhati2 apabila mahu berkata2..
**********
kisah sikap belas kasihan Rasulullah saw pada kanak2..
Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.



Love this entry so much umi.. tq for sharing..now baru i sedar..i selalu cakap kat my sweet princess “kakak ni degilla, xnak dengar cakap mama” well after this akan cuba cara sehalus mungkin untuk tegur anak..
[Reply]
Salam mimie,
sama2.. saye pun selalu juge terbabas..
itule sebabnya kene tahan dulu mulut sblm bercakap, benarkan hati/akal kite filter dulu ayat tu, if menjadikan anak2 lebih baik di masa depan, proceed, if lebih merendahkan/memusnahkan harga diri anak2, hentikan.
wallahu’alam.
[Reply]
Salam sejatera buat semua,
Sungguh bijak sekali usaha Baiti mempertengahkan persoalan melabel ini agar dapat sama-sama para ibubapa memperhatikan kata-kata mereka terhadap anak-anak. Kak Ana sendiri dah lama tahu ilmu ini tapi hingga sekarang masih juga tidak lulus. Seringkali juga kata-kata tersasar dalam percakapan yang hanya kita sedar bila kita kaji balik selepas itu. Kesalan tidak dapat memperbaiki ketelanjuran kata-kata. Apatah lagi kita ketahui bahawa minda separa sedar anak-anak sentiasa bekerja siang dan malam, setiap saat mengarah segala sel dalam badan anak dan juga mengatur segala gelombang kehidupan anak agar melaksanakan dengan berjayanya segala kata-kata yang telah terlanjur sudah.
Kakak sendiri masih tidak lulus dalam hal ini dan sentiasa berusaha dan berdoa kehadrat Ilahi. Sangat mengharap perkongsian dari blogger lain agar dapat memperbaiki lagi kaedah yang ada. Wallahualam.
[Reply]
salam kak ana,
insha Allah sama2 kita perbaiki tuturkata kita sebagai ibu ye?
bagi baiti yg masih darah muda (hehe dah 30an dah..) memang kesabaran sangat sukar dipupuk especially time tengah penat/tak sihat.. jadi baiti selalu buat camni je, setiap kali marah je baiti gunakan sepenuh tenaga yg tengah meluap tu utk tutup mulut dan hati (dalam hati sebut pun boleh jadi doa!)
baiti suka amik langkah jika tak mampu beri kebaikan jangan tambah kemusnahan sedia ada..
apabila keadaan reda, mood smua ok, counter balik kekurangan kita tadi.
cthnya, anak2 sibuk buat ‘eksperimen mereka’ dan sepahkan umah masa kita sedang sangat penat, biasanya kita mengamuk ke pukul ke, tapi kite tengok je kali ni, minimumkan arahan suruh kemas then tinggalkan tempat kejadian segera.
lepas tu dah tak sakit ati datang balik tanya perkmbangan anak2 tadi… sebab niat asal anak2 bukan nak sakitkan ati ibunya.. so salah jika kita belasah mereka, sebab lain kali mereka tidak akan berani utk berdikari/mencuba sesuatu yg baru sebab risau ibunya tak setuju memanjang..
wallahu’alam.
[Reply]
terima kasihats perkongsian ini k.baiti.saya banyak marahkan ank dengan sebut bnda negetif pd mrk.sbnrny sy kepenatan n short cut..teris mrahkn ank2. setelah baca apa yg akak tulis…rasa menyesal (walupn dlm hati dh lama tau…salahckap gitu dgn ank.tp bila mrh atau lepenatan xterfilir cara terbaik utk berlomunikasi dgn ank.i.Allah sy akn cuba seperti yg k.baoti sarankan.t.kasih skalilg.
[Reply]
salam fida, semoga fida dan baby baru sihat, selamat berpantang
terima kasih sudi singgah di sini, walaupun nampak fida terkejar2 ;-p
tentang melabel anak ni, smpai sekarang akak juge ada masalah ni..
sama2 kita saling mengingatkan ye..
[Reply]
kak, izinkan saya share entry ini..sangat bermakna..
[Reply]
As’kum kak,
minta izin nak share kt blog saya. Untuk panduan bersama.
untuk saling mengingati.saya pun kadang2 terlepas jgk, tapi lps tue, mnt maaf balik dgn anak2 dan ckp baik2.
[Reply]
salam izzah dan sitiebby, silala, jika rasa baik utk dishare
maaf atas kesilapan tatabahasa atau salah teori di mana2, sila2 tegur demi kebaikan semua..
[Reply]
salam..
tqvm ummie.. entry ni sgt2 membantu..
kengkadang sya pon penah gak trlepas ckp ngan anak bila marah : )
[Reply]
otakhijau Reply:
January 21st, 2012 at 12:58 am
salam astrie, semoga kita menjadi lebih baik dari semalam..amin.. doa banyak2 dan bergantungla kita pada Allah sepnuhnya agar sentiasa memberikan taufik dan hidayahNYA..
[Reply]
Sapalah yg seseorang kat malaysia tu Angah..
[Reply]
Anonymous Reply:
February 24th, 2012 at 2:36 am
siapa seseorang tu tak penting
yg penting ia kisah benar dan pengajarannya utk kita kan?
no hard feeling.
angah.
[Reply]