Kids Nite Out.. :)

malam ahad lepas, ayah bawa anak2 untuk KIds Nite Out hehe.. bukan family nite out sebab rasanya dorang yg paling hepi malam tu. first time kami datang kat tempat mainan ni. letaknya di Times Square tak jauh dari airport Berakas. jauh dari umah kami pun lebih kurang 15minit je.lagi satu, kami ni sangat jarang keluar malam utk entertainment. sebab tu entri ni spesel sikit.if ada pun pi masjid or umah teman2.

 

actually ammar yg dah seminggu asik pakai baju jalan, samada siang atau malam..katanya nak pi jalan2.. so ayah sian kat dia ayah bawale 3 beradik ni kuar.

 

dulu masa kami datang sini, happy city ni tak buat lagi. dia dok kat tingkat paling atas, satu aras dgn tempat parking. untuk masuk ntah bayo berapa, umi bg je duit, cashier bg baki pun umi lupa nak cek..ibubapa free je masuk. nak masuk same macam jungle gym kat kiulap tu, kene pakai stokin. disebabkan lupa bawa, terus beli stokin kat situ juge.. sepasang $2..

 

pendapat umi, tempat main budak2 ni jauh lebih beso dari kat jungle gym kiulap tu.. kat obstacles ni je ada tiga tingkat.. memang tak puas main, dan alhamdulillah malam tu pun tak ramai orang datang.

 

selain tu games yg masuk2 token tu pun banyak juge, kami main yg sesuai tuk kanak2/ bukan cam judi. satu token 50sen. ada gak kat situ bilik2 karaoke. tapi takdele berminat nak masuk..

 

ok kite layan gambo sambil sembang..

 

 

(atas) kat gelongsor putih tu ammar yg sedang nangis sebab tak mo turun kut situ utk kali keduanya, first time dia turun terperanjat dia sebab gelongsor sangat tinggi dan laju..hehe.. gelongsor ni beralun2.. (bawah) gambar pintu masuk ke obstacles kanak2..

 

kat bhgn pintu masuk dari parking ada kereta bermuzik ni..asalnya ammar yg nak naik, bila kete gerak je dia nangis, so dua yg tua tu le sambung naik :) (bawah) ayah pun join main bola sepak ni..

 

permainan feveret ayah (samada yg free atau berbayar)..lontar bola dalam jaring dalam masa yg ditetapkan

 

 

 

ha..betapa besonye tempat ni berbanding kat kiulap tu, dia ada happy journey section ni..naik ketapi 5 round!! best juge siap masuk belakang dinding yg ntah ape belakang tu org tua tak tau (sbb hanya dok belakang pagar besi je)

(bawah) cam biasa dah haus nak kene isi tekak dulu, so turun satu escalator je dah smpai food court..dulu takde sekarang dah ada. harga ok je, ada dim sum, nasi campur, sushi, makanan indonesia, nasi ayam antarabangsa etc.. kat happy city ni pun ada cam kantin kecil if maleh nak turun bolehle order air dan makan ringan2.

 

lepas makan sambung naik semula tempat tadi sebab kat sticker baju masih ada masa lagi 30minit so anak2 main lagi smpai terlajak 20minit…(50minit utk sesi kedua main)..

 

ammar sebenarnya tak sihat dah seminggu demam..so masa kat sini dia agak cepat sensitif..( masa artikel ni ditulis fathimah pula berjangkit…) tapi okle dapat hirup udara luar malam.

 

tentang sosial anak2 pula, walaupun dok umah tak sekolah, tak nampak pun masalah kat anak2 tentang isu sosial ni. boleh je dorang main same2 dgn kanak2 lain. fathimah dan muhammad pandai jaga ammar. selain tu fathimah pun pandai berurusan kat kaunter semasa bayar2 token etc. takdele dia takut2 or malu2..

 

ehm, so setakat ni umi tak setuju org kate bila anak2 dok sesama dorang adik beradik kat umah dia tak pandai bergaul/bersosial dgn masyarakat.. org yg cakap tu maybe kureng pendedahan/pengalaman hidup. lagi satu seminggu sblm tu pun ada kami dijemput ke kenduri doa selamat kawan yg nak pi umrah di brunei ni. ok je anak2 main kat kenduri tu. takde pon dorang buat kecah kat umah org ke. duduk bertiga satu penjuru or dalam bilik tidur tuan umah smpai balik ke…

 

last but not least tq kat ayah yg sudi bawa anak2 jenjalan walaupun siangnya penat keje.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok