Kitar Hidup Katak

semalam buat tajuk kitar hidup katak. umi gabungkan beberapa skop dalam projek ni. iaitu :

 

sains : anak2 belajar tentang kitar hidup katak

akidah : Allah swt Maha Mencipta

kraf dan mewarna : buat kolam & origami katak (klik utk belajar lipat) -kreativiti dan motor skill

menulis/mengeja : melabelkan gambar

kefahaman : menerangkan semula kitar berkenaan

permainan imaginasi : Muhammad main katak2 sorang2 dia

 

Bahan: kertas2 warna, gam, gunting, pensil warna dan template kitar katak sila ambil di sini : Frog Life Cycle Craft

tempoh : 20minit maksimum.

mula2 bg penerangan kat whiteboard. lepas tu guide anak2 hands on. asalnya umi soh dorang tampal je gambar atas kertas biru tu, tapi muhammad terus buat kotak katanya kolam. sblm2 ni dia memang biasa buat kotak cam ni. so kita galakkan jela idea dia :) ammar lak dia amik kertas biru dia dan gunting2 (sebab dia memang sedang mood suka menggunting sekarang-semakin cekap boleh gunting zas zas zas..smpai hujung kertas. sblm ni zas..pindah gunting tempat baru ..zas..pindah tempat baru) so umi buatkan je kotak putih utk ammar guna recyle paper, then ammar tampal je ‘air kolam’ dia dalam kotak.

 

cam biasa, sambil2 buat kerja borak2le dgn anak2-spa jadikan katak, apa katak makan, sapa makan katak, katak jenis dua alam – amfibia (saja kenalkan spesis tapi tak perlule anak2 hafal), katak warna apa, camana bunyi katak bla bla..

 

ikut nombor tu 1) kitar katak fathimah 2) muhammad 3) ammar.

buat aktiviti ni pagi sblm umi masak tengahari, petang tu muhammad sambung main kolam katak tu sorang2 dia..  bolehle layan video dia main katak2 kat bawah ni. anak2 kecil memang pandai berimaginasi.. :)

 

selamat beraktiviti dengan anak2 lillahi ta’ala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Kitar Hidup Katak”

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok