makan angin di waterfront BSB,Brunei
awal Februari hari tu semasa cuti maulud Nabi saw, ayah bawa kami jenjalan makan angin kat waterfront bandar seri bagawan. walaupun waterfront ni dah beberapa bulan dibuka dan umah kami pun 5minit je jauhnya, memang takde rezeki nak pi sebelum ni. after solat asar kami kuar walaupun cuaca agak ‘terang’.. belum panas punggung duduk dalam kereta, dah smpai pun kat situ. kawasan parking sebelah waterfront ni agak terhad, alhamdulillah dapat juga 1 space lepas pusing 2kali..
antara pemandangan menarik dari waterfront.
jam lebih kurang 4.30 petang, cuaca agak terik tapi tak panas.. maksudnya mata agak silau tapi tak berpeluh sangat sebab angin yang bertiup dari sungai brunei pun agak kuat. masih tak ramai pengunjung yang datang waktu ni. lepas2 jalan2 dalam 20 minit duduk berehat kat tempat redup membelakangkan bangunan yayasan.
jam 5pm, perut dah mula berbunyi.. lagi2 umi yg memang cepat lapar skrg ni. dari seberang jalan waterfront ternampak ada SCR (singa chicken rice-ala2 nasi ayam Rasamas tapi brunei punya brand, rasanya lagi sedap je) tapi fikir2 balik sekali sekala jalan better tukar rasa kan? so kami pun cuba la salah satu kedai makan yg ada kat situ, namanya Water Break Cafe. bunyi cam air ketuban pecah je..hehe.. masa kat masuk, takde orang pun. maybe masih terlalu awal org brunei kuar santai petang. ni yang best! sebab umi tak suka menunggu lama2 bila order makanan esp kat tempat yang tak pernah datang. so kami order la nasi goreng ayam, salmon grill dan mee goreng. setiap satu dapat segelas lemon tea ice (memang sedap macam lemon tea kat Nandos malaysia!)
tengok price per meal boleh tahan gak, mahai sikit dari restoran ada ‘class’ kat sini. tapi bila sampai je order, Allahu Akbar! banyaknya sepinggan dia buh hehe.. so kira tak mahaile.. sepinggan mee tu if biasa 2 org anak2 makan kenyang, kali ni boleh 3 orang makan..alhamdulillah.. sedap pun sedap juga.
masa kami sedang makan, masuk lagi satu grup customer, 1 family rasanya. lepas tu bila kami kuar cafe je, kerusi2 yg kosong 45minit lalu dah penuh… rupanya dorang ni datang berduyun2 aft 5pm gitu… mujurle smpai awal sebab boleh tahan juge lama nak smpai order tadi, maybe sebab hanya sorang chef je yg bertugas hari tu..
lepas perut diisi, duduk2 kat bangku batu kat depan cafe tadi. orang pun dah ramai. ada budak yg main scooter kat sini. dah possing sekeping dua, jam dah dekat 6 petang. kui 6.30 pm gitu akan azan maghrib. so cepat ke bazar jualan buah2an tempatan. ada buah cempedak, durian, rambutan, manggis,langsat, dan lain2. kami beli sikit buah sbg buahtangan.
malam tu, sikit revision dengan anak2 tentang aktiviti kami petang tadinya. aktiviti Read Aloud umi bacakan buku ‘Allah makes the sun’ serta pengisian akidah tntang kejadian matahari memandangkan semua orang sedar cuaca sangat panas masa tu. sebagai penutup sesi melukis matahari, start hari ni ammar dah tau camna nak lukis matahari..




