Murahkah air matamu wahai isteri (umi) ?

 

 

awal pagi tu spt biasa timbang berat. wah, 1.5kg berat badan hilang dalam satu malam!!! itule berat air mata umi yang mengalir sepanjang satu malam.. alkisahnya..

 

malam tu sebelum tidur ayah bergurau (ke serius?). cantik2 juga maid2 kat brunei ni ye, semalam bla bla… lepas tu tadi terserempak dgn bla bla.. ceria je wajah ayah bercerita.

 

ehm, terdiam umi dengar. then umi tanya, ait, ada cita2 tambah lagi? .. ayah jawab macam mengiakan je (dia masih dlm mood keterujaan bercerita tadi)

 

lepas tu umi terus diam lagi.macam mati akal.terus macam berada dalam dunia sendiri. termenung dan berfikir sorang2. ayah yg tak sedar perubahan umi tukar topik perbualan, umi hanya mampu jawab sepatah dua kata sbg respon.

 

ayah sambung buat kerja di depan (masih tak perasan isterinya berubah mood), umi lak sambung tidur. mata panas, oh rupanya air mata dah bergenang. lebat. dalam 5minit basah kuyup dah hujung selimut dengan air mata umi.

 

apa yang umi sedihkan?

 

biasalah. isteri mana yang tak sensitif apabila dengar suami cakap nak tambah lagi. lagi2 keadaan umi yang tengah peknen 5bulan ni, lagile hormon tak stabil, benda2 kecik dah sedih.

 

mula2 dengar ayah main2 (ke serius? ) cakap camtu, terus umi tertanya2:

 

kat mana silap umi kali ni? (manusia tak pernah terlepas dari buat silap)

kat mana yang kurang? (mana ada orang sempurna kan?)

adakah umi tak layan makan minum ayah etc dgn baik? (im trying even im so tired/stress/ feeling not well regarding my pregnancy)

adakah umi dah tak cantik? ( rasanya macam takdele buruk sangat muka umi, smpai ayah takut nak duduk umah ehm)

ke sebab dah takde rasa sayang lagi seperti 9 tahun yang lalu? (perlukah rasa cinta/sayang utk terus setia?)

adakah anak2 kami tak menjadi, atau adakah umi tak boleh beri anak padanya? ( alhamdulillah anak2 baik semua)

adakah umi ni seorang yang lembab, tak boleh dibawa berbincang apepon topik dgn ayah? (oh mungkinkah ayah penat dengan umi yg terlebih rasa bagus ni?)

atau apa saja alasan yang menolak ayah jauh dari umi dan dekat pada yang lain?..

 

sambil2 dok menyenaraikan kekurangan dan kelemahan diri malam tu, masa itule air mata dok tumpah je. last2 tertidur. dalam mimpi turut terbawa2 kesedihan, kelihatan dlm babak pendek, ayah tega meninggalkan umi walau penat umi berlutut merayu padanya. menangis lagi (dlm mimpi). tetiba rasa pipi basah. umi tersedar.

 

astaghfirullahal’azim..rupanya baru jam 3pagi, ayah sedang nyenyak tidur di sebelah umi. kasihan ayah kepenatan kerja seharian pagi hingga ke malam. inilah kekandaku yg umi kasihi, mengapa perlu bersedih jika ada sesuatu perkara yang menggembirakan berlaku pada orang yang kita sayang..diri memujuk hati. jika tambah bini lagi akan buat ayah gembira, umi pun sepatutnya tak sedih (even umi tak gembira!)

 

dalam mamai masih mengantuk tu, sempat umi muhasabah diri. perlukah ada alasan kekurangan/kelemahan di pihak isteri untuk menjadi syarat suami berpoligami. andainya (secara teknikal) isteri dah cukup baik, salahkah suami berpoligami? atau sebaliknya, perlukan melabelkan suami tak kenang budi, tak berhati perut, dah tak sayang isteri sekadar untuk mencari sebab dia membuka hati pada yang lain?

 

mengapa tidak kita (sesiapa pun kita tu-isteri ke, family ke, teman2 ke, org2 luar yg perhatikan ke) cut it short. just lihat satu aspek. kes kat sini ialah si suami dah terbuka hati untuk yang lain. full stop.

 

usah kita penatkan hati, emosi dan membuang air mata senaraikan bencana yg mungkin menimpa apabila benar2 si suami tambah lagi spt:

 

apa jadi kalau bini baru tu jahat, dia bolot suami. harta suami, hati suami malah buatkan suami ceraikan/benci kita?

apa jadi kalau kita mati awal, bini baru tak suka dan dera anak2 kita? sedihnya roh umi dalam kubur nanti..

apa jadi kalau bini baru tu sebenarnya ada kepentingan diri bukan betul2 sayangkan suami kita, lepas kahwin dia buat suami yg kita sayang merana, miskin, sakit atau mati?

apa jadi bila… dan apa jadi bila… dan bila…

 

ohh..penattttt!! sebenarnya sungguh buang masa untuk membayangkan perkara2 buruk tu terjadi kat kita dan family yang penat kita ‘bela’ dan utamakan lebih dari hidup sendiri selama ni. padahal perkara tu belum terjadi lagi atau takkan berlaku pun!

 

bukankah Allah swt Tuhan yang menciptakan kita dan alam ni dah berfirman, maksudnya:

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” – (Surah al Hadid, 22-23)

 

ha, Allah swt dah kata, apa yang hilang jangan terlalu sedih dan apa yang datang jangan terlalu gembira.. tambah lagi, apabila Allah swt bagi ujian2 kesedihan ni adalah sebab:

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:”Tidak ditimpa seorang Muslim keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, kesakitan, kesedihan yang amat sangat sehingga walaupun duri yang menyucuknya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosanya.” – (Muttafaq ‘Alaih)

“Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” – (Surah al-Baqarah, ayat 155)

masa ktia mula2 kahwin/sebelum kawin, apakah matlamat kita dalam perkahwinan? untuk disayangi dan menyayangi hingga ke akhir nyawa? hingga ke anak cucu? hingga ke syurga? selain tu tentu kita dah bercita2 untuk menjadi sebaik2 isteri sehingga suami takkan pandang perempuan lain selain kita. kita percaya cinta kita suami isteri akan terus membara dan subur selamanya.

 

cuba kita imbau kembali kerukunan hidup orang dulu2, adakah mereka bercinta sebelum kahwin, atau adakah mereka benar2 cinta pada pasangan hingga ke akhirnya, atau samada mereka cinta atau tak, adakah ada kaitan dengan kebiasaan orang dulu kahwin lebih satu DAN DAPAT PULA HIDUP BERSAMA HINGGA AJAL MEMISAHKAN?

 

atau jika nak lihat pasangan hari ni yang banyak betui kes cerai berai. adakah benar mereka dah tak saling menyayangi hingga bercerai? adakah terlalu mendalam kebencian antara satu sama lain hingga dah tak boleh dok sebumbung smpai terpaksa anak2 menelan kepahitan penceraian ibubapa?

 

maknanya apa di sini? (wahai umi)! CINTA dan BENCI bukan faktor UTAMA kesurvivalan dalam sesuatu rumahtangga. tapi rasa tanggungjawab. belas kasihan. menerima dan memberi.bertolak ansur. sabar. redha. rendah hati. sudi memaafkan. sudi menerima kembali.  semua ini akan membuahkan keSETIAan.

maksud firman Allah swt:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.    

(Al-Baqarah: 216)

itule sebabnya dalam profesion seorang isteri juga perlu sentiasa ada masa2 utk memuhasabah diri. sentiasa ingaktn diri  bahawa tanggungjawab sebagai isteri ni bukan habis di dunia aje, sebab nak dibalas serta dihargai dgn baik. tapi ia sebenarnya sebagai TIKET MAHAL untuk menempah tempat di Syurga nanti.

maksud firman Allah swt:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(Al-Baqarah: 214)

 

kembali kita kepada scene umi yang sedih tak bertempat seperti perenggan pertama tadi. sebenarnya pabila umi kenangkan siapa ayah kepada umi selama kami berkawan dan berkahwin sehingga anak nak masuk 4 orang bulan 8 ni ( insha Allah), umi rasa ayah adalah seorang suami/ayah yang baik, bertanggungjawab, penyayang, penyabar (dgn umi), selalu di sisi ketika umi memerlukan, penyokong yg baik dan setia. sekian lamanya kami dah hidup bersama, susah senang berdua. tidak ada yg lebih memahami umi selain ayah dan harapnya, umi pun begitu pada pandangannya.

 

jadi, andaikan esok lusa adalah hati terakhir umi bersama lelaki yang istimewa ini, mengapa perlu umi sia2kan saat yang berbaki dengan meninggalkan kenangan yang muram? maksud firman Allah swt:

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

 

dengan sentiasa melihat kebaikan di sekitar kita, insha Allah hati kita (sbg isteri) akan menjadi lebih tenang dan bahagia. walaupun kita ada membaca kisah kesetiaan seorang suami (termasuk baginda Rasulullah saw) yang tidak berkahwin sehingga isterinya meninggal dunia,(tak salah kita diam2 berdoa sedemikian). namun sentiasalah kita berlapang hati atas sebarang ketentuan yang telah Allah swt tuliskan di Lauh Mahfuz buat kita..

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: ”Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin.

Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” – (Hadis riwayat Muslim)

 

sbg penutup curahan hati ni, umi bersangka baik, ayah boleh dgn ceria cerita pasai tambah bini sebab umi telah jadi isteri yang baik utk ayah sebab tu ayah boleh sembang2 dgn umi hal ni :) if dia benar2 memaksudkannya, ini maknanya umi memang seorang isteri yang sangat baikkkk!!!!!……..

 

p/s: sekadar curahan hati sekali sekala.. please dont take my story personally :)  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Responses to “Murahkah air matamu wahai isteri (umi) ?”

  • ina:

    askm ukhti yg di rahmati Allah

    UNik kan lelaki yg bergelar suami ni. dalam tawa dan gurau pun mampu ubah emosi isteri jd sebaliknya. pengalaman ni. hoho…. apatah lg kalu dingin atau volume terkuat sikit dari biasa.

    just simple nk ubah emosi (ckp senang lor.. hehehh..), bila kita ubah fikiran, fikiran mengawal emosi dan seterusnya emosi mhasilkan tindakan kita yg seterusnya. akak bersangka baik, then emosi kembali stabil, lepas tu da boleh sambung cerita yg sama yg buat kite sedih sebelumnya. :)

    teringat satu riwayat (xpasti hadis sahih atau tidak),

    ‘jangan tunjuk kesedihan waktu suami sedang bergembira dan jgn tunjukkan kegembiraanmu ketika suamimu sdg bersedih’.

    pengalaman hidup mengajar kita mhargai waktu dan baki umur yg ada sekarang utk buat yg terbaik kepada org2 yg terdekat ngn kita. sbb kita x tau siapa ant kita yg pergi dulu. jgn fikirkan sgt masa/kesedihan yg lepas, atau risau masa dpn yg belum pasti. hargai masa sekarang dgn amal baik dan hargai org2 tsayang. nak tenang dan bahagia, sentiasa maafkan dan bahagiakan org lain spy dgn rahmat allah kita jugak dimaafkan dan diberi kebahagiaan. (kate2 utk diri sendiri).

    *ustaz kata, air mata yg keluar kerana Allah, dapat padamkan api neraka… <3

    [Reply]

  • salam ina, tq atas respon ina :)

    betui sekali pandangan ina di atas, bukan mudah nak jadi isteri solehah ni.. bukan sekadar copy paste dan share ‘madah2 manis saya nak jadi isteri solehah’ dalam status FB setiap hari hehe.. lepas tu dapat title isteri solehah..

    (tapi bagus juga share bende baik camni, bg peringatan kat diri dan org lain)

    nak jadi isteri solehah bukan mengikut standard kite sebagai isteri saja. cthnya, if suami marah aku sabar, if suami nak picit aku picit, if suami nak makan ape2 aku masak. aku akan didik anak2 jadi org berguna. aku akan kemas umah supaya kelihatan seperti istana. aku akan layan family dia macam family sendiri. dan lain2.aku akan sentiasa membaca supaya kelihatan bijak apabila bersembang dgnnya.

    nak jadi isteri solehah sebenarnya selalu ditapis dari ujian yg diluar jangkaan si isteri.

    banyak cth yg boleh disenaraikan.

    cuma nak dipendekkan cerita, cara ‘pandang’ seorang isteri tu tak sama dgn seorang suami.seorang ibu tak sama dgn seorang ayah. walaupun seorang pekerja/bos perempuan mungkin boleh lebih baik dari pekerja/bos lelaki.

    namun apabila kita dah dibesarkan dalam suasana hak kesamaan gender, atau girl power, atau melayu/malaysia boleh, maka secara tak sedar semua bende seolah bersaing atau mau ditimbang secara saksama sedangkan yg penting ialah adil. adil pada tempat, masa, keperluan dan orang.

    so apabila timbul konflik suami isteri, maka kembalilah kepada Al Quran dan as sunnah, usah dihukum dengn pertimbangan akal, tamadun dan emosi..walaupun nampak perfect, tetap tidak akan ke mana.. wallahu’alam.

    [Reply]

  • mama:

    salam, xpasti nk panggil kak atau adik…
    bile baca blog di ats, memng terkena btul dgn situasi saya 2 bulan lepas, bile suami britahu nk kwin lg…sdgkan saya dah bertubi2 mngasak soalan yg sama sbelum tu tp dia xnak mngaku, saya sms partner dia pun menafikan jgk, xnak kcau rumahtangga saya konon( saya kenal mak janda yg nk kwin dgn suami saya tu)sebaya dgn saya, grand sket la dr saya ni, pkaiaan pun up to date, ….
    setiap hari saya pun mcm ni lah, asyik berendam air mata, siang malam, pg ptg, sementelah baru melahirkan ank yg ke 5, haaaa lg la , nsib baik xmeroyan, smuanya kna berbalik pd Allah, bru la tahu langit tinggi rendah, mse tu amal ibadat pun xtertunai mengennagkan nsib mcm ni, memang la nmpak kekurngan tu, Aku xsecantik janda tu, Aku xsepandai janda tu,Aku xsehebat janda tu, Semuanya aku aku aku tidak ade itu ini….
    malah ank2 pun sampai xdihiraukan lg….apelah mama mcm ni…emosi mngatasi sgala2 nya… sehinggalah mama saya sndiri msuk cmpo, mengingatkan saya kite msih ade Allah, berbalik pd Allah, mngkn selama ini kite lalai… bykkan doa, solat sunat, jgn putus berdoa, mcm2 lah nsihat dr mama saya tu…mereka faham kan keadaan ni…
    bile blik rumah saya renung anak2 saya especially yg masih kecik2 2 org ni, 4 tahun dan 5 bulan mse tu…sedih gilerrrrrrr, mcm nk gilerrr, bdk2 xtahu ape, even yg besar2 pun xtahu, hanya ketawa anak2 jd pembakar semangat…( mcm situasi Rita Rudaini) skrng ni…dengan ank2 kite akn jd kuat xkire susah ke senang….Alhamdulillah Allah mendengar doa2 org yg teraniaya….
    bykkan doa, jujur saya katakan jgn putus berdoa, Allah tahu lah kemampuan suami kite kan!!!!!

    Saya nk sharekan kt sini, cuba tulis satu surat dan luahkan ape yg kite nak kt situ, dan campakkan dlm sungai, InsyaAllah lps tu Allah akn mkbulkan satu persatu,,,cubelah,,,,semalam saya buat lg mcm tu, suami saya ade msalah skaang, berdepan dgn masalah pling besar, dan sdg buntu, dia byk mndiamkn diri, dgn saya xbyk ckp, dgn anak2…( sya thu lah ape msalahnya tu) mngkn ujian utk dia plak kali ni kan,,,totally different dgn watak dia sebelum ni, saya pun tulis surat dan cmpakkan dlm sungai( mesti air mengalir)….. InsyaAllah puan…cubelah sharing is caring….smoga puan tabah ye….salam

    [Reply]

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok