@ ohh : panduan mengajar anak di rumah cara OHH.

astaghfirullahhal’azim 3x.. Ya Allah peliharalah hati dan niatku..

umi nak kongsi pengalaman umi mengajar anak2 di rumah.. catatan ini berdasarkan pengalaman umi membesarkan anak2 iaitu fathimah selama 5 tahun, muhammad 2 tahun 9bulan dan ammar 7.5bulan. memang 5 tahun tidaklah lama, maknanya umi ni masih setahun jagung, jadi masih ada byk kekurangan di sana sini.. wallahu’alam..

apa yang akan dikongsikan mungkin sama seperti pengalaman insan lain yg bergelar ibu, boleh jadi juga kelihatan tidak tepat, kuno atau tidak relevan utk dipraktikkan dlm family. yg penting kita semua perlu faham setiap family adalah berbeza malahan setiap anak2 itu juga berbeza, tambahan lagi setiap individu itu sendiri akan sentiasa berubah2 kehendak, kemampuan dan takdir hidupnya..

usahakan agar hubungan sesama adik beradik erat sejak kecil lagi akan memudahkan proses asuhan dan didikan di rumah.insya Allah.

jadi pegangan pertama umi utk membesarkan anak2 ialah;tidak ada satu teori pun yg tepat utk membesarkan anak2. bukan sebab teori itu salah tapi fitrah manusia yg sentiasa berubah itu menjadikan teori sering ketinggalan!

tp ilmu dan teori utk membesarkan anak itu wajib dipelajari supaya kita bersedia di hadapan peristiwa dan bukannya digunakan selepas pengalaman itu pergi nanti kita yg ketinggalan..

ok, terus kepada panduan membesarkan anak2 kecil di rumah.

  • ibu2 mesti gunakan sebnyak masa yg berkualiti utk bersama2 dgn anak2 utk mengenalpasti minat, bakat, kesukaan, sikap, karenah anak2.
  • umi menyusu badan anak2 selama mungkin iaitu fathimah shhga umur 2 tahun 3bulan & tandem nursing ketika mengandungkan muhammad. muhammad menyusu 1 tahun 9bulan juga tandem nursing ketika mengandungkan ammar. baby ammar masih menyusu badan sepenuhnya sekarang dah 7.5bulan. alhamdulillah.
  • latihlah anak bantu membuat kerja rumah(klik)-akan mematangkan mereka-kurang karenah macam kanak2 biasa.
  • pada peringkat awal kita beraktiviti bersama2 anak2, mereka masih tidak mengenali kita sebagai ahli kumpulan. mereka tidak tahu had/batas utk bergurau, bermain, bekerja dan pantang larang yg wujud ketika beraktiviti dgn kita, ibunya.

  • pelbagaikan aktiviti dgn anak2 sperti memasak.
  • ibu2 perlu faham beraktiviti dgn anak samada berunsurkan akademik, kerohanian, jasmani, permainan hanyalah alat utk mencapai matlamat. galakkan semua anak2 terlibat bersama.
  • kita adalah ibunya, bukannya instructor semata2 semasa beraktiviti, so kena ada rasa empati, kasihan, tolak ansur dan sabar kerana menyintai mereka sebagai anak.
  • kita melaksanakan aktiviti bukan utk meletakkan anak kita dalam perlumbaan ibu2-menonjolkan anak kita sudah pandai dlm perkara2 tertentu.
  • anak2 hanya memerlukan sedikit masa utk melakukan aktiviti. maksimum 30minit.
  • berikan penerangan ttg aktiviti yg hendak dilaksanakan terlebih dahulu. gunakan ayat yg mudah.
  • pastikan anak2 sudah bersedia fizikal, dan mental-sudah makan, sihat, tidak mengantuk, boleh memberikan tumpuan, kemudahan yg selesa.
  • ketika aktiviti berlangsung-anak2 tidak akan mengikut arahan 100%, dan kita jgn biarkan mereka ikut arahan kita 100%. adalah lebih baik anak2 dapat berdikari dengan idea mereka sendiri.
  • yg penting prosesnya ye, bukannya hasilnya.
  • ketika di awal usia, seperti 2 tahun 3 tahun malahan ada yg 7 tahun, kekadang kita tidak sedar sebenarnya anak2 kita mengalami masalah dalam pembelajaran spt dylexia, ADHD, beberepa jenis syndrome lain, kurang pendengaran, lambat berfikir etc.
  • anak2 yg istimewa ini sering disalah tafsir sebagai degil, keras kepala, cepat marah, sensitif, lembab, clumsy etc.
  • jadi ibu2 kena berhati2 dan sabar ketika menjalankan aktiviti dgn anak ketika awal usia spt 2 tahun lagi.
  • pelajari sebyk mungkin syndrome yg sering menimpa kanak2 dan perhatikan simptom2nya pada anak2.
  • anak2 akan memberikan signal bila mereka sudah bersedia utk belajar ttg sesuatu. cthnya jgn dipaksa anak2 belajar menulis angka ketika mereka tidak mahu. cara mereka
  • tunjukkan ketidak sediaan itu ialah, spt mereka menolak utk mengikut arahan. boleh check pendapat Dr. Raymond S. Moore dlm bukunya bertajuk Better Late than Early.
  • syle of learning anak2: anak2 akan memperlihatkan kecenderungan mereka ketika usia 3 tahun ke atas, tapi anak2 yg aktif meneroka semua permainan/aktiviti boleh memperlihatkan kuasa dominonnya pada salah satu stail samada kecenderungan visual. auditori atau kinestetik lebih awal. itupun jika ibu2 memperhatikan dan memberikan rangsangan yg sesuai. link ini (http://www.homeschoolchristian.com) byk cerita ttg camana nak kenalpasti method utk ajar anak. tp pepandai tapis la ye..
  • anak2 kecik biasanya akan menjadi seorang yg kinestetik kerana mereka masih belum
  • fokus pd keupayaan melihat dan mendengar mereka.
  • berikan anak2 permainan yg sesuai dgn kecenderungan belajar mereka.
  • mulakan dgn aktiviti yg mudah sprti membuat doh. mengira telur ayam di dapur, mengemas katil,berkebun-utk mendapatkan kepercyaan anak2. cthnya buat aktiviti di sekitar rumah aje. klik sini.

    gambar di atas tunjukkan fathimah menggunakan elemen2 di sekitar rumah utk belajar ketika umurnya 3tahun lebih (2008).

  • satu teknik utk cari idea utk aktiviti ialah tunggu anak suarakan pertanyaan/kehendak cthnya jika bertanyakan ttg burung, maknanya dia betul bersedia utk diberi input ttg burung so, ibu2 silala plankan aktiviti yg berkaitan dgn burung spt origami, dan mewarna atau melihat jenis burung di internet.
    gunakan internet sebagai kemudahan pengajaran yg efektif!
  • biarkan anak berkreativiti dan berinovasi utk meningkatkan rasa yakin dan percaya pada kemampuan dirinya.
  • jangan putus asa atau patah semangat jika anak2 kelihatan ketinggalan terutamanya dari segi akademik. Setiap anak2 berbeza2. mereka bukan tak pandai cuma belum smpai seru..lihat contoh kisah ini-fathimah yg tidak kenal ABC.

  • apabila sudah mengetahui(agak2) kecenderungan anak2 setiap kali ingin membelikan hadiah/permainan utknya usahalah utk mendapatkan educational toys yg bersangkut paut dgn kecenderungan itu.
  • cth store yg membekalkan educational toys berkenaan ialah http://www.ilearnmyway.com, http://www.fun-educational-toys.com dan http://www.funiqtoys.com

  • tak semestinya nak kena beli kat store tu, boleh juga cari idea dari situ dan dapatkan permainan berkenaan yg serupa konsepnya di kedai2 yg berdekatan.
  • gunakan stail belajar anak itu utk mengajar mereka berkaitan akademik seperti yg dibuat ketika mengajar anak2 membaca Al Quran. klik sini.
  • gambar di atas menunjukkan aktiviti pembelajaran berunsur kinestetik, dan auditori
  • anak2 kecil suka gunting dan tampal. beri mereka gunting kecik yg sesuai, yg mempunyai bilah plastik.
  • mereka juga suka melukis, sentiasa sediakan kertas A4 di rumah supaya senang mereka melukis pada bila2 masa. berikan alatulis yg baik sperti if pensil warna tu biarlah yg panjang, dan non toxic.
  • anak2 suka bermain, kerana itu cara mereka belajar. anak2 belajar dgn bertanya, jadi jawable semampunya kerana itu akan menyingkatkan masa kita utk mengajarnya di masa lain.
  • anak2 kecil yg sering diherdik dan dimarahi aptah lagi dipukul akan merekodkan pengalaman itu dan melakonkannya semula kepada adik2, persekitaran mahupun ibubapa pula.
  • sentiasa beri report / bincang dgn suami berkaitan perkembangan pendidikan dan asuhan anak di rumah utk mendapatkan sokongan dan cadangan daripadanya.
  • di rumah umi tekankan pengisian agama spt akidah, feqah, bacaan/hafazan Al Quran dan kisah Nabi/Sahabat.
  • aktiviti lain sperti membuat awan bergerak dan lain juga bermatlamatkan mengenal Allah swt.
  • anak2 kecil sering kelihatan spt tidak memberikan tumpuan semasa belajar tetapi sbenarnya mereka absorb maklumat tu.
  • bykkan aktiviti Read Aloud dgn anak2.
  • jgn tertekan rumah bersepah ketika anak2 sibuk beraktiviti/bermain.
  • sentiasa memberi maaf dan meminta maaf kepada anak2. mereka akan rasa dihargai dan dhormati.
  • sentiasa doakan utk diri sendiri kemudian utk anak2. selalu doa agar ibu menjadi lebih penyabar, penyayang, berkasih sayang dan berilmu.
  • jadikan kisah Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda juga org2 soleh sebagai idola kita. agar matlamat utk menjadi insan berjaya dunia akhirat tidak tersasar. bacalah buku2 yg memberati ke arah ukhrawi seperti buku ini. Wahai Ibu Bimbinglah Tangan Anakmu Ke Syurga.-ada di sidebar blog ni.
  • anak2 adalah makhluk Allah swt yg sgt bijak sbenarnya. akal masih celik, hati putih bersih dan otak sedang berkembang pesat. tetapi ibubapalah yg mencorakkan mereka..
  • hiduplah di bawah paras kemampuan, jika mampu beli beg tangan berharga RM1000 yg mahal kerana jenama, tukarlah yg lebih murah selagi kualiti ditepati.
  • biasakan anak hidup sederhana. kurangkan TV.
  • last but no least, ibu2 wajib bermuhasabah dan bermujahadah selalu, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. jgn berhenti dari mencari ilmu sehingga ke nafas terakhirmu.

wallahu’alam..

satu lagi yg penting utk makluman yg membaca panduan ini – umi mengajar anak2 sendiri sepenuhnya, jadi umi tidak tertakluk pd mana2 silibus dan had masa. oleh itu pengisian aktiviti kami di rumah agak terbuka, bermula sejak lahir hingga hari ini. ikut apa yg kami nak buat serta tidak terikat kpd mana2 sistem penilaian.

itu yg bestnya Homeschool :)

lagi satu umi taip panduan ni ikut apa yg teringat aje, so tak ikut kronologi masa dan kepentingannya. ada byk lagi yg tak sempat taip.

insya Allah if umur panjang sihat dan berakal serta ada masa umi akan detailkan beberapa topik yg sesuai utk dikongsi semua seperti cara mengenalpasti cara belajar anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Responses to “@ ohh : panduan mengajar anak di rumah cara OHH.”

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok