Projek Payung Terjun Mini: math & science fun

suatu malam semasa umi sedang baca buku di ruang tamu, muhammad datang dan tunjukkan umi benda bawah ni..

muhammad demo camana ‘bende’ ni berfungsi. rupanya ia adalah payung terjun versi perahan otaknya hehe.. muhammad masukkan straw pada kertas A4 dan selotep ia pd kertas. kertas tu dilipat supaya nampak macam belahan payung. kemudian dia lepaskan ‘payung terjunnya’ ke bawah. terhuyung hayang ‘payung terjunnya’ jatuh bebas tak bermaya…ehm nampaknya muhammad sedang eager nak buat payung terjun.

 

so ni bermakna projek seterusnya dgn anak2 ialah membuat payung terjun mini.. :)

 

pada hari yang lainnya (selepas umi cek website yang sesuai +umi study dulu konsep payung terjun ni), umi panggil anak2 dan tunjukkan gambar di google image, orang yang pakai payung terjun. umi tunjukkan juga kemalangan payung terjun (yg tak ngeri le). tujuannya adalah utk memastikan bahawa anak2 faham cara org guna payung terjun ni, dan juga malapetaka yang terjadi apabila payung terjun tak dilipat, diselenggara, dibuat tidak ikut nisbah dan bahan yang sesuai dgn beban etc.

 

ok terus kepada projek kami.

 

bahan2:

1)plastik sampah

2)benang biasa

3)selotep, gunting

4)marker permanent

5)pinggan kertas bulat/ape2 je yg bole bg bentuk bulat pd plastik

6) link yang ssuai : link 1 dan link 2

iniler bahan2nya..

 

berikut ialah cara kerja pula..

untuk payungnya:

1)mula2 trace pinggan kertas atas plastik guna marker (anak2 buat)

2)gunting pelan2.. (umi guntingkan tapi anak2 tolong regangkan plastik)

3)lepas tu tunjukkan anak2 bulatan ni kita panggil.. bulatan ler or circle..

4)sekarang tunjukan anak2 camana kita boleh bahagikan bulatan ni kepada beberapa bahagian yang sama besar..

5)umi bitau dulu umi nak bahagi kepada 8 bahagian.

6)umi lipat dua dulu. then bitau sekarang ni nama dia separuh sebab dah dibahagi dua. atau 1/2 ->satu daripada dua bahagian

7)kemudian lipat sekali lagi , maka jadi suku atau 1/4

8)lipat lagi maka jadi 1/8..mula2 anak blank mane datang nombor 8, yg dorang nama hanya 1piece of pizza! hehe

9)so umi buka plastik tu jadi bulatan penuh semula.. tadaaaa.. ada nampak garisan halus lipatan pembahagian 8 tadi..

10)umi trace garisan lipatan halus tadi dengan marker.. dan labelkan bersama2 mereka no.1-8… so dapatle anak melihat di sini rupanya datang nombor 8 tadi.. anak2 gilir2 bilang  jumlah2 sudut tu..maybe utk confirmkan memang dapat 8..

 

plastik yang dibahagikan dan dilabel dengan 8 kawasan yang sama beso..

 

ok, lepas tu ajar anak tentang DIAMETER, iaitu panjang dari no sekian kepada sekian..cthnya dari 8 ke 4 ialah panjang diameter bulatan ni (letak benang bergilir2 dari satu hujung ke satu hujung titik)

bila anak2 dah kata ohhh.. (mata bersinar2 seolah2 faham pasai diameter tu hehe..) sambung lak dgn definisi JEJARI, iaitu dari titik tengah bulatan ke mana2 nombor..

 

 

sekarang ni nak ukur panjang benang utk ikat pada payung terjun nanti.. ukurannya ialah MESTI LEBIH PANJANG DARI DIAMETER (inile tujuan ajar pasai diameter tu). buat 4 utas benang yg sama panjang..

 

lepas tu selotep benang2 di setiap nombor, untuk payung kami ni umi amik nombor ganda 2 je, maknanya ada 4 helai benang je.. hujung benang disimpulkan dan diletakkan beban kecil. kami selotep lego kecil. sebelum uji payung kami ni, umi bitau beban ni ibarat orang la..

 

menguji payung terjun

pegang payung terjun pada bahagian tengah. berdiri di tempat paling tinggi. tutup kipas. lepaskan. disebabkan payung ringan maka dia akan turun perlahan2 ke bawah. manakala beban yang ringan memastikan payung turun lurus ke bawah.

 eksperimen tambahan:

kemudian anak2 buat (dgn bantuan umi ) payung terjun bentuk segiempat pula dan saiz yg lebih besar. mula2 anak letakkan beban yg sama berat spt payung terjun bulat. hasilnya payung empat segi melayang ke sisi.. kemudian lego di tambah. apabila payung besar dilepaskan baru ia jatuh lurus ke bawah.analoginya sama macam jika payung terjun sebenar tu tak dibuat ikut nisbah yang sesuai dengan berat manusia, maka ia melayang ke sisi etc.

 

selain tu payung besar jatuh lebih cepat ke lantai berbanding payung bulat sebab ia lebih berat.  perbezaan bentuk samda empat segi atau bulat takdele pula beri kesan ketara pada eksp. kami ni.

 

kita juga boleh bitau kat anak2 payung terjun ni turun ke bawah sebab ada tarikan graviti, walaupun dia melayang2 lama mana pun, dia akan jatuh juga nanti..

 

 

alhamdulillah eksperimen ni sangat menyeronokkan buat anak2..cubale lagipun bahan2nya sangat mudah diperolehi di rumah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Responses to “Projek Payung Terjun Mini: math & science fun”

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok