Projek Periskop (teropong kapal selam)

projek sepatutnya dah buat lebih sebulan lepas sebab muhammad teringin nak buat kapal selam daripada botoi mineral.. tapi umi tertangguh lak sebab maleh nak cari info pasai bende ni.. sebabnya umah takde tempat yg sesuai nak uji kapal selam tu nanti. tapi kesian lak so seminggu lepas tu umi try juge le godeh internet last2 jumpa projek buat teropong kapal selam ni atau pun dinamakan PERISKOP.

 

 projek PERISKOP yang dah siap

 

 

 

 

buat satu prototype dulu..

umi buat dulu projek tu sorang2 nak kasi faham dan tengok betul2 jadi ke. bila dah siap, dapat markah 80% je (umi yg mrkah sendiri) sebab cermin yg digunakan tak betul2 reflect dgn baik (bukan spesis cermin yg baik). so umi tangguhkan lagi projek ni

smpai jumpe cermin yg sesuai. akhirnya kelmarin selepas 5minggu ada rezeki juga nak buat PERISKOP ni sebabnya kebetulan ada beli CD pirate kartun Thomas tapi rosak lak, sekali cek CD tu sgt sesuai utk buat cermin PERISKOP :)

 

 

Bahan yg diperlukan:

1) kotak recycle sedia ada-kotak ubat gigi

2) CD yg dah tak guna-cek dulu boleh tak dijadikan cermin muka yg hampir perfect

3) selotep

4) pembaris panjang, jangka sudut

5) gunting ganas (yg boleh gunting kertas tebal)

6) hair dryer

7) link yang ssuai

 

 cara kerja:  

mula2 kena bagi idea kasar asal usul projek ni serta hasil yg ingin dicapai. so umi tunjukkan gambar kapal selam dan bgmana dia berfungsi.umi uji anak2 seperti kenapa kapal selam tenggelama tak macam kapal biasa, if dia dok dalam air camana dia nak tengok apa kat atas, kapal selam sangat besar, agak2 dia dok dalam laut ke sungai dan apa tujuan kapal selam dibina.

lepas tunjukkan gambar dan explain sikit dan minta anak2 tanya ape2 soalan, umi bitau yg kami takkan buat kapal selam kali ni sebab tak de tempat nak uji kapal tu nanti tapi kita boleh buat dulu teropong dia yg unik tu. so anak buat dah excited petang tu kami terus buat projek ni.

 

masa yg diperlukan ialah 1jam.

 

sebelum start potong sana sini, umi bg anak2 tengok video ni camana nak buat PERISKOP selain umi explain sikit dari link ni.terangkan juga konsep pantulan cahaya daripada website ni..

 

menyediakan cermin:  

1) bahagikan/tandakan cermin utk mendapatkan bahagian yg diperlukan.masa ni umi ajar anak2 camana nak buat garisan yg berserenjang

2) selepas garis, umi try gunting cd keras tu. nampaknya boleh tetapi kena tekan gunting lambat2 tapi dgn bertenaga. cuma masalahnya kesan guntingan sangat buruk sehingga pecah berderai kat guntingan tu.

3) so umi bitau anak2 tentang konsep ais yang cair apabila dipanaskan. pepejal–>cecair. konsep ni disamakan dengan CD.

4)CD akan di’lembutkan’ dengan dipanaskan melalui salah satu cara:   a) direndam dalam air panas, atau   b) diblow dgn hair dryer hingga panas

5) kita takkan nampak CD tu cair macam ais yg jadi air, tapi bila dipanaskan (bila pegang CD tu kita rasa agak panas jugale), kesan pemanasan tu kawasan tu akan lebih lembut dan kurang pecah kat bhgn guntingan tu.

–> masa ni umi terangkan sikit keadaan ‘biji2′ dlm CD/ais yg dipanaskan menggunakan rajah kat whiteboard.

6) akhirnya dapatle kita 4 keping ‘cermin’ yg sama besar

 

menyediakan ‘badan teropong’:  

1)lukis dan explain sikit kat whteboard camana konsep priskop yg nak dibina ni

2) umi terangkan kita nak letakkan cermin tu dalam keadaan baring pada sudut 45 darjah di atas dan bawah periskop.cermin akan dibaringkan di atas ‘katil’segitiga.

3) mula2 lukiskan dulu segitiga sama sisi ada bahagian atas dan bawha periskop. lepas tu umi ukurkan lebar ‘katil’ utk cermin. kemudian ukur semua pnjang sisi pada segitiga sama sisi.

4)pindahkan ukuran pada kertas keras. bina dua segitga/katil tu.

5) amik cermin tadi dan selotep kat ‘katil SEGITIGA’6)letakkan (selotep dan stapler) ‘katil’ cermin tu di posisi2nya7) kemaskini body teropong dgn selotep agar tak terbukak. 

ok dah siap dan boleh diuji :)

Fathimah cuba teropong muhammad dari bawah meja. dan PERISKOP juga boleh digunakan oleh anak dara untuk mengintai rombongan meminang di sebalik langsir hehe.. :)

 

alhamdulillah berjaya!

 

apa yg anak belajar/didedahkan daripada projek ni?  

1) tentang kapal selam dan fungsi periskop

2) cara kerja periskop

3) pendedahan teori pantulan cahaya

4) belajar mengambil/membuat ukuran dengan pembaris lurus –>garisan serenjang

5) membaca/membuat sudut 90 dan 45 darjah daripada jangka lukis

6) mengenali segitiga sama sisi

7) pendedahan kepada pertukaran bahan daripada pepejal kepada cecair melalui kaedah pemanasan

8) membina keyakinan diri utk terus berdikari

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Projek Periskop (teropong kapal selam)”

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok