Tertib Doa : Ajarkan pada anak2


syukur kat Allah swt kerana dengan izinNYA hari ini, untuk pengisian READ ALOUD kami, umi larat untuk habiskan siri ke 10 Sayangi Rasulullah saw.  siri 10 adalah tentang Rasulullah saw berdakwah kepada kaum Quraisy. semuanya ada 30 siri. umi suka buku2 dalam siri ini sebab jalan cerita yang mudah serta ilustrasi yg menarik selain mukasurat yg besar membantu anak untuk diam memberi perhatian pada penceritaan umi.

 

bg yg berminat utk membelek siri di atas boleh cek semula posting lepas tentang pembelian buku ini.

 

selepas itu umi terpanggil utk mengajarkan anak tertib berdoa yang baru umi pelajari malam tadi melalui pembacaan artikel Saudara Fuad Latip yg bertajuk Protokol Doa ( rujuk ebook percuma Fuad Latip.com volume 1: Protokol Doa) . contoh doa yang ada protokol ialah doa glamer-Doa untuk Kekasih. ya Allah seandainya dia bukan untukku..bla bla..

 

menurut beliau seindah2 doa mempunyai 5 turutan isi iaitu:

1)Tawassul-memuji Allah

2)khusus-doalah secara khusus (kaedah SMART)

3)sebab/alasan-beritau sebab kenapa nak doa tu sebab utk tambah azam diri sendiri

4)Tawassul-pujian kembali utk Allah swt/memetik semula kata2 Allah

5)Pasrah-tawakkal samada Allah nak bagi bila2 masa pun or nak ganti yg lebih baik utk kita.

 anak2 rajin solat sama2..utk peringkat awal sapa jadi imam tu tak perlu tergesa2.. :) nanti muhammad dan ammar dah ready mereka akn belajar jadi imam utk semua amin.

 

 

ditakdirkan pula malam semalam umi solat jamaah maghrib dgn anak2. semasa berdoa, semua org doa sendiri2. fathimah doa dulu,

“Ya Allah fathimah nak baju panjang. amin”

 

kemudian dengar muhammad pula berdoa,

“Ya Allah nanti Muhammad nak kapal terbang.” tiba2 tangan dia pun dok eloberate kat Allah camana bentuk kapal terbang yg dia nak tu “kapal terbang camni, ha yang ada remote tu, alaaa kan boleh pusing..amin”

 

tergelak umi dalam doa umi.

 

so thats why selepas READ ALOUD tadi umi rasa bagus juga umi ajarkan anak2 teknik yg umi sendiri baru tahu ni. subhanallah, Maha Suci Allah yang mengajarkan kami daripada jahil kepada tahu. sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

apabila kita berdoa mengikut protokol yang terbaik, kita sendiri akan lebih menghargai doa tu, malahan semakin dekat dengan Allah swt.insha Allah.

 

maka, umi pun ajarlah anak2 dengan memimikkan semula cara mereka berdoa malam tadi.. tergelak2 anak kelucuan heheh..

 

lepas tu umi perbaiki cara doa mereka seorang demi seorang, dan mereka cuba ikut.

 

utk anak2 kecil umi ni umi hanya tekankan 3 protokol, dan berikut adalah cth2 utk anak2 tadi:

1)Puji Allah 

“ya Allah yang baik, Allah yg selalu bagi timah hadiah”

“Ya Allah yg jadikan semua”

“Allah baik”

“Allah Muhammad sayang Allah”

 

2)doa khusus

“Fathimah nak baju panjang dan warna pink”

“Muhammad nak basikal yang boleh letak kaki kayuh2 tu”

“ammar nak kereta”

 

3)pasrah

“Allah tak bagi pun takpalaaaaa… timah sabar”

“Takdapat pun takpa, Muhammad sabar”

berikut adalah scene pendek anak2 cuba ingat protokol doa yg diajar…

Ammar:  walaupun dia belum fasih bercakap Alhamdulillah dia tak berat mulut untuk belajar perkataaan2 baru :)

Muhammad : ni yg paling kelakar, suka buat aksi2 tangan dan badan semasa berdoa, tapi bila masuk video dia kaku-segan la tu..

fathimah : biasalah yg plg senior fathimah lebih serius dan tekun semasa berdoa :)

umi secara peribadi rasa kasihan juga kat anak2, umi tak belajar agama tinggi. apa yang umi tahu dapatlah umi ajarkan. apa yang Allah lorongkan, umi akan terus sampaikan pada anak2. terima kasih ya Allah mengajarkanku ilmu untuk mendekatiMU. maka dapat pula aku smpaikn buat anak2ku serta berkongsi ilmu MU dengan insan lain. ampunilah kelalaian dan kejahilan hamba yang lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Tertib Doa : Ajarkan pada anak2”

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok