tikar mengkuang : kenali warisan melayu & aktiviti kraf

minggu ni kami anak2 berkenalan dengan lebih dekat warisan hasil tangan orang melayu iaitu anyaman daun mengkuang. beberapa2 hari sebelum buat projek anyaman tikar ni, umi terangkan dulu pada anak2 tentang:

 daun mengkuang – umi kenalkan daun ni pada anak2, dan bitau bentuk dia macam daun pandan cuma ada duri sikit dan lebih besar.

proses mendapatkan daun anyaman dari daun mengkuang di atas. boleh tengok link ni.

 

 

antara contoh hasil dari daun mengkuang selain tikar. beg.

lepas tu barule umi ajak anak2 buat kraf ni pada hari2 berikutnya.panduan jenis kelarai ni umi ambil dari link ni. umi pilih 3 jenis kelarai utk disiapkan oleh anak2 dalam aktiviti kraf kali ni.

 

mula2, umi ukur dengan tepat panjang, lebar dan garis siap2 bahagian tapak anyaman dan ‘daun anyaman’. walaupun anak2 tak siapkan sendiri tapak/daun mereka ni, umi minta mereka lihat bagaimana umi gunakan pembaris utk mengukur dan menanda panjang yang dikehendaki. anak2 tolong guntingkan tapak dan ‘daun anyaman’. kemudian, umi ajar ammar dulu camana nak masukkan daun dalam tapak secara berselang seli. ammar bertahan sebanyak 4 helai ‘daun’ je utk dianyam.. lepas tu dia minta umi habiskan sebab dia nak main keretapi dia..huhu..

 

sementara ammar syok main keretapi tu, beralih umi pada fathimah dan muhammad pula. umi tunjukkan kertas kotak yang telah ditandakan dgn pensel mengikut kelarai yg akan mereka ‘usahakan’ sbentar lagi. umi tunjukcara ‘daun’ yg pertama. camana nak baca kertas tu dan anyam tikar. asalnya umi nak ajar tentang lajur dan baris. kemudian lesson yg lebih tinggi akan datang ialah nak ajar cara membaca longitud dan latitud bumi, tapi fikir2 semula, kemudian ringkaskan je dengan mengajar anak cara membaca baris saja. setiap baris dan ‘daun’ dilabelkan dengan nombor  yg sepadan (anak2 yg tulis sendiri nombor tu).

 

ok, boleh lihat gambar di atas, di mana muhammad dan fathimah sedang menganyam tikar masing2 ikut kertas lorekan bernombor tu.

 

 

penglabelan nombor pada ‘daun2.

ni contoh plan lorekan kelarai mata lalat yg dinomborkan muhammad.

 

 

 selepas siap anyam, lebihan ‘daun’ dilipat ke bahagian belakang utk kekemasan. yang ni part ammar buat sampai habis ;-p

 

 

 

tikar kertas kelarai Tampuk Jantung anyaman fathimah

 tikar kertas kelarai Kepala Lalat anyaman Muhammad

 

 tikar kertas kelarai Ngadas/asas/ Dam Haji anyaman Ammar/umi

projek anak2 ni umi pamerkan di atas sudut agama dlm bilik belajar/main mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Permata Umi Ayah
Belajar Niat solat..
*SPONSOR* Sweetmuslimah.com
kategori
gobok